Agar-agar Bandung

by - Monday, May 21, 2012

Semua orang tahu macam mana nak masak agar-agar rasanya.Apa yang ana nak kongsikan kat sini ialah cetusan idea acuan berbunga agar-agar ni...sesuai untuk di jadikan hantaran atau pun hadiah pot luck untuk kawan-kawan....


Bahan-bahannya mudah saja:

1 peket agar                       1 1/2 cawan gula (ikut citarasa masing-masing)
1 cawan susu cair                pewarna (ikut citarasa masing-masing )

caranya:

masakkan agar-agar hingga mendidih.masukkan gula dan tapiskan. asingkan ke dalam beberapa mangkuk mengikut warna yang dikehendakki dan warnakan.Untuk perisa bandung cuma tambahkan susu cair.Tuangkan lapisan bawah dahulu iaitu bunga dan daunnya dan biarkan keras .Selepas keras barulah di tuangkan lapisan dasarnya. Sejukkan dalam petiais dan terbalikkan untuk hidangan.

You May Also Like

0 comments