Setiap kali balik kampung memang tak boleh kalau tak makan angin dengan famili.Memandangkan cuti tak lama , adik ana cadangkan kami pi jalan-jalan ke sekitar dekat-dekat je.Kemudian kami dapat idea nak ronda-ronda kat Taiping pastu terus turun Kuala Kangsar.Kira ok jugalah sebab dah lama juga tak ke sana.

Pagi-pagi tu kami bawa bekalan kemudian meneruskan perjalanan ke Taiping terlebih dahulu.Destinasi pertama nak naik ke Bukit Larut atau Maxwell.Namun rezeki tak menyebelahi kami ,kerana sampai agak lewat tiket untuk naik jip dah habih.Rupanya kena datang sebelum jam 7 pagi kalau cuti hujung minggu atau cuti umum.jadi jangan tak kempunan kata orang tua-tua sempatlah juga posing kat kaki bukit je....


Kamipun turun dari situ dan cari tempat untuk berkelah sambil makan bekalan yang di bawa.Tempat yang paling sesuai di Taman Tasik taiping tak jauh dari situ je.Apa lagi buka bekalan ,hamparkan tikar dan menjamu selera kat situ di bawah pohon nan rendang.Anak-anak seronok bermain-main di kawasan lapang.



Taman Tasik Taiping



Zoo Taiping Dan Night Safari

 Taman Tasik Taiping merupakan sebuah taman rekreasi bekas lombong bijih timah.Di sekitar taman ini juga letaknya Zoo Taiping dan Night Safari.Zoo Taiping di buka untuk pelawat pada waktu siang dari jam 8.30 pagi-6.oo petang.Tiket masuk untuk dewasa ialah RM12 dan RM8 untuk kanak-kanak.Manakala untuk sessi malamnya Night Safari pula harga tiket RM16 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak.Macam biasa zoo mempunyai tarikan haiwan-haiwan dan mini zoo tren yang boleh naik secara percuma kat sini.Walau bagaimanapun kami tak sempat nak masuk zoo sebab kesuntukan masa.Lain kalilah kut.

Destinasi seterusnya ke Muzium Perak yang lokasinya juga tak berapa jauh dari Taman Tasik ini.Kami solat Zohor di sini dahulu keran di sini di sediakan surau yang agak selesa untuk pengunjung.Tiada sebarang tiket dikenakan.banyak artifak menarik yang dipamerkan disini.


Muzium Perak,Taiping.

 Kami seterusnya memasukki semula Lebuhraya Utara Selatan untuk ke Kuala Kangsar Bandar Diraja.Sememangnya Kuala Kangsar merupakan sebuah destinasi pelancongan yang menarik untuk di kunjungi.Kami terus menuju ke Bukit Chandan dimana di situlah letaknya Masjid Ubudiah yang menjadi simbol keagungan Islam di sini.Senibinanya amat unik dan cantik sekali dan menurut wikipedia Masjid Ubudiah ini telah dirasmikan pada tahun 1917.Disebelah masjid terdapat Makam Diraja Perak dan kerabatnya.Kami sempat berjemaah Asar disini.



Masjid Ubudiah Kuala Kangsar

 Tidak jauh dari situ terdapat juga Galeri Sultan Azlan Shah, Istana Iskandariah dan Istana Kenangan atau Istana Tepas.Sekali lagi rezeki tidak menyebelahi kami kerana Istana Kenangan tidak dapat dikunjungi kerana dalam proses ubahsuai.

Galeri Sultan Azlan Shah

Istana Iskandariah

Sebelum bertolak pulang kami singgah di kaki bukit Chandan dimana terdapat banyak bazar jualan beranika kraftangan khasnya labu sayong,kuih-muih tradisioanal,buah-buahan tempatan dan juga terdapat medan selera yang menyajikan laksa dan cendul pulut yang amat terkenal disini.



Persisiran Sayong

Labu Sayong Kuala Kangsar
Begitulah coretan cuti-cuti Taiping dan Kuala Kangsar.Semoga coretan ini dapat memberi sedikit sebanyak informasi berguna kepada semua.

sumber rujukan dan sebahagian foto dari Google.


0 Comments