sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Khamis, 17 Mei 2012

Resepi Puding Roti Kukus

Dah banyak kali nak cuba buat puding roti ni, pernah rasa yang kawan baik ana bawakan untuk satu majlis kat rumah...sedap sangat.Cari resepi kat google tapi kebanyakannya guna banyak bahan.So ana editlah sendiri resepi-resepi tersebut dan Alhamdulillah menjadi juga ...

Puding Roti Kukus






Bahan-bahan yang ana gunakan:

5-7 keping roti sandwish (ikut saiz acuan)             
2 cawan bancuhan susu pekat dengan air suam
100 gm mentega (anggaran dalam satu senduk)     
1 cawan gula halus
2 biji telur                                                             
1 tin susu cair (didihkan seketika dan sejukkan)
sedikit esen vanila

Kaedah ;
- rendamkan terlebih dahulu roti yang di potong kecil dengan bancuhan susu pekat tadi hingga lembut.

- pukul mentega, gula dan telur serta campurkan esen vanila.

- susun rendaman roti tadi kedalam mangkuk atau acuan dan selang-selikan dengan bahan mentega yang di pukul tadi.

- kukus dalam 15-20 minit hingga masak, sejukkan dalam peti sejuk dan bolehlah di makan bersama susu cair  sebagai kuah.

~ selamat mencuba~

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum . Thanks for this simple n easy recipe ! Nak try nanti . :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalakumsalam atiqah... you're welcome my dear..

      Padam