sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Isnin, 14 Mei 2012

Taman Orkid Kuala Lumpur

Kadang-kadang dah puas melancong ke luar Kuala Lumpur , terasa pulak nak bersiar-siar sekitar bandaraya ni.Mula-mula kami bercadang nak melawat Muzium Diraja di Istana Negara Lama, baru je masuk simpang sebelum membuat pusingan U, kesesakkan lalu lintas yang amat sangat so kami terus hala ke Taman Tasik Perdana .


Cadang nak ke Tugu Peringatan Negara tapi memandangkan cuaca amat perik petang itu kami singgah je ke Taman Orkid Kuala Lumpur.Dah siap-siapkan wang nak bayar kat pintu masuk tu tapi menurut salah seorang pengunjung,hari tu tak kena bayaran,ertinya free of charge le...


Kalau ikutkan bayaran asal yang tertulis kat situ rm1 setiap orang dewasa dan percuma untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.


So kamipun menerokailah keindahan Taman Orkid tersebut...mungkin nasib agak kurang baik pada masa itu tak banyak bunga-bunga orkid yang mekar tapi oklah, ada jugak dari tak ada langsung.Lanskap sekitarnya agak menarik dan juga terdapat gerai-gerai jualan pokok dan keratan orkid serta pelbagai kraftangan.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan