Colmar merupakan sebuah bandar pelancongan yang terkenal di Alsace,negara Perancis.Bandar ini di penuhi dengan bangunan-bangunan yang indah-indah dengan senibina German dan Perancis sejak dari kurun ke sembilan lagi.Ia di saliri oleh The Lauch River yang amat sesuai untuk aktiviti pelancongan.Bangunan-bangunan yang terdapat disini terdiri daripada gereja-gereja,bangunan-bangunan sekular,perpustakaan,pancuran air serta monumen-monumen bersejarah.




Bandar Colmar,Perancis


Dari keindahan dan keunikkan permandangan bandar Colmar inilah Berjaya Hills mendapat inspirasi mereka sebuah resort yang berciri-cirikan senibina Colmar dan di namakan Colmar Tropicale Resort.Ia merupakan satu idea yang menarik dan membolehkan pengunjung-pengunjung menikmati permandangan dan senibina indah hanya di Daerah Bentong ,Pahang.

Perjalanan untuk ke sini melalui Lebuhraya Karak dari Gombak, selepas persimpangan Genting Highland terdapat satu susur ke Berjaya Hill Resort, Bukit Tinggi.



map ke Colmar Tropicale dari Tol Gombak,Kuala Lumpur


Bayaran masuk untuk ke resort ini ialah RM12 untuk dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak.Ini termasuk kunjungan ke Colmar Tropicale Resort, perkhidmatan shuttle bas ke Taman Botanical dan  Taman Perkampungan Jepun( Japanese Village).Manakala untuk ke Rabbit Park di kenakan bayaran lain berharga RM3 seorang dan Horse Trail pula bayaran RM 2.

Pemandangan di dalam resort ini memang sangat cantik dan menarik bercirikan senibina di Colmar ,Perancis.Disini udaranya agak dingin dan segar di atas gunung.Didalam resort terdapat hotel-hotel penginapan, restoran makanan barat,gerai-gerai cenderamata dan kraf tangan serta arked permainan untuk kanak-kanak.














Colmar Tropicale Resort,Bukit Tinggi,Pahang.

Untuk mereka yang belum ada rezeki untuk ke Perancis seperti ana ni, kunjungan ke Colmar Tropicale Resort, Bukit Tinggi, Pahang ini memang sangat menarik dan berbeza sedikit dari tempat-tempat percutian yang lain.Sesuai untuk pasangan berbulan madu serta kunjugan keluarga dan mereka yang meminati seni fotografi kerana persekitaran disini amat cantik di kawasan pergunungan.


 sumber dan rujukan : wikipedia dan Google Image.

8 Comments

  1. akak dh pergi eh.. sy teringin nak g sbnrnye... apa lagi tempat menarik kat bkit tggi tu?? bayaran utk msuk resort bayar masa bila, ada kaunter eh??

    ReplyDelete
  2. Atiqah: bayar masa sampai tu ada gate yang ada booth ticket dia , dia kira berapa orang dalam kereta kita...bayar dari dalam kereta sahaja..lain2 tu adalah taman jepun,taman botani,taman arnab selebihnya spa yang 5 bintang....makan awal2 sebab di atas memang mahal-mahal... tq singgah di anajingga ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh.. cm tu... nanti nk ajakfamily dtg sni la.. nampak best je...terima kasih kak..

      Delete
  3. kalau dr bukit tinggi mak gi bukit fraser berapa jam perjalanan....hotel kat bukit tinggi mshal tak? ke...1 hari jer memadai tanpa bermalam?

    ReplyDelete
  4. teringin nak pegi bukit fraser dan bukit tinggi dalam minggu ni...

    ReplyDelete
  5. zu minang ida:tq sudi singgah ke sini...bukit tinggi sebelum sampai bandar bentong melalui karak highway manakala bukit fraser di raub.dari bentong ke raub dalam 1 jam perjalanan cuma nak medaki bukit fraser ambil masa sebab ada giliran kenderaan utk naik dan turun...hotel di bukit tinggi mmg mahal 5 star boleh Google,Berjaya Hills Resort Bukit Tinggi utk rate...pada pendapat ana x perlu bermalam disini sebab 2-3jam pun dah boleh explore semua tempat...

    ReplyDelete