Sebenarnya ana memang minat sangat mengikuti drama-drama bersiri cina ni khasnya yang bertema klasik macam The Little Nyonya, The Good Old Days,Together  dan banyak lagilah yang dah tak ingat tajuk-tajuknya.Satu sebab yang ana suka menonton drama cina ni sebab kostum-kostum mereka yang memang cantik-cantik serta dapat mempelajari adat-adat silam mereka.Apa budaya sekalipun ciri-ciri klasiknya agak sama iaitu pakaian tradisional ,adap-adap sopan ,ciri-ciri kewanitaan timur yang amat tinggi tatasusilanya.

The Emperor's Harem slot ini masih ditayangkan pada setiap Isnin-Jumaat mulai jam 2.30-3.30 ptg.Drama klasik kisah kehidupan di Istana Raja yang penuh emosi ,kisah cinta,kekejaman sesama manusia,hasad dengki dan seribu satu kisah yang menyayat hati khususnya kedudukan wanita dimata lelaki terdapat dalam drama ini.Latar belakangnya amat cantik dengan pemandangan musim bunga di dalam istana di tambahan pula kecantikan kostum-kostum yang di gayakan wanita-wanita bangsawan dari zaman silam membuatkan ana terus mengikuti drama ini setiap episod.

Untuk sinopsis drama hebat ini boleh rujuk ke link :http://moviebugz.blogspot.com/2012/06/zjtv-emperors-harem-2011.html

Disini ana nak kongsikan antara bintang-bintang yang memainkan peranan utama dalam drama ini.Antaranya:

Ady An sebagai Shao Chun Hua - watak seorang gadis yang berkhidmat sebagai seorang dayang istana 
                                                         yang melalui pelbagai rintangan dalam menjalankan tugas-tugas,
                                                         terpaksa menghadapi tipu muslihat,pengorbanan cinta dan hasad 
                                                         hasad dengki.







Feng Shao Feng sebagai Yang Yong - seorang hulubalang istana yang terpaksa mengorbankan cintanya 
                                                             kerana taat pada undang-undang istana serta menghadapi pelbagai 
                                                             kesulitan untuk menegakkan kebenaran angkara fitnah dan tipu 
                                                             daya.


Tavia Yeung sebagai Gundik Raja Wan Zhen'er - seorang yang banyak tipu muslihat dan hasad dengki 
                                                                          terhadap gundik-gundik lain.



Patrick Tam sebagai Wang Zhi- watak Pegawai Istana yang banyak melakukan penyelewengan dan 
                                                penindasan dalam tugas-tugasnya.





Lv Yi sebagai Shao Qing Zi - seorang dayang yang akhirnya menjadi gundik maharaja dan sentiasa 
                                             bersaing dengan gundik-gundik lain untuk mendapatkan perhatian maharaja.






Liu Ting Yu sebagai gundik Bai- juga dari seorang dayang menjadi gundik raja yang baik hati dan suka
                                                 merendah diri.ana suka sangat pada karekornya dalam drama ini.



foto-foto dan sumber: spcnet.tv dan moviebugz.blogspot serta google image.

0 Comments