sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Sabtu, 28 Julai 2012

Buah-buahan tempatan


Ana memang bersyukur dilahirkan di tanahair kita ini,bumi Allah yang subur dengan iklim Khatulistiwa dikurniakan berbagai tumbuhan,bunga-bungaan ,sayur-sayuran dan buah-buahan .Pelbagai rupa dan rasa yang unik dan enak-enak untuk dinikmati bersama.Ada yang manis,masam,saiz kecil,bulat,bujur,berwarna-warni semuanya untuk kita mengkagumi ciptaan Ilahi.Disini ana kongsikan khasnya kepada anak-anak beberapa contoh buah-buahan tempatan yang terdapat dipersekitaran kita berdasarkan pengalaman ana sendiri.

Buah Betik (Papaya)

buah betik

Nama saintifiknya Carica Papaya.
Dikatakan berasal dari Mexico.
Berwarna hijau bila muda dan menjadi merah keorenan bila masak.
Buahnya kaya dengan vitamin c.
Buah berbentuk lonjong dan mempunyai biji yang banyak.
Sesuai dimakan segar,dijadikan manisan halwa,jeruk dan bunga betik boleh dibuat kerabu manakala daunnya boleh dijadikan ulam setelah dicelur.
pokok betik
Pokok betik sejenis tumbuhan renek,berbatang tunggal,daun lebar dan bergetah.Ketinggiannya antara 2-7m.
Ditanam dengan kaedah semaian biji benih.

Buah Cermai (Malay Gooseberry)

buah cermai

Nama botaninya ialah Phyllanthus acidus.
Buahnya kecil-kecil berbentuk bulat dengan berlekuk 6 bahagian.
Kulit berwarna hijau ketika muda dan agak kekuningan bila masak.
Rasa buah agak masam dan lebih sesuai dijadikan jeruk.
jeruk cermai
pokok cermai
 Pokok cermai bersaiz agak kecil dengan ketinggian antara 3-9m.
Batang agak keras dan tidak banyak bercabang.
Berdaun kecil dan lebat dan berbuah pada dahannya.

 Buah Ciku (Sapodilla)

buah ciku
Nama saintifiknya Manilkara zapota.
Buah ciku bersaiz sederhana berwarna perang @ coklat muda.
Buah ini perlu dipetik bila matang dan diperam beberapa hari sebelum boleh dimakan.
Rasanya manis dan mempunyai biji hitam disetiap belahan buah.
Sering dimakan segar sebagai pencuci mulut.
 Pokok ciku bersaiz sederhana.
Berdaun lebat dan berdahan rendang dan banyak.
Pokok ciku berbuah sepanjang tahun.

Buah Delima (Pomegranate fruit)

buah delima
Buah delima nama saintifiknya Punika Granatum.
Buah delima berbentuk bulat,berwarna merah,berkulit licin.
Isinya terdiri daripada biji-bijian lut sinar yang mempunyai biji lagi didalamnya.
Buah delima sangat manis rasanya.
Terdapat peribahasa yang mengibaratkan kemerahan bibir dengan umpama delima merkah.
pokok delima
Pokok delima jenis tumbuhan renek berdaun kecil dan lebat.
Ketinggiannya antara 5-8m.
Dikatakan berasal dari Asia Barat Daya dan banyak ditanam di kawasan Mediteranean. 

Duku & Langsat (Lanzones)

buah duku
buah langsat
Buah duku dan langsat ni banyak persamaannya sehingga ana sendiri sering kali keliru.Dari segi isi dan rasa memang tak banyak berbeza cuma duku agak tebal kulit luarnya dan ada pula yang memanggilnya dokong,duku langsat dan sebagainya mengikut negeri masing-masing.
Dari segi nama saintifiknya dikenali sebagai Lansium Domesticum Jack.
Rasanya masam-masam manis dan lebih enak dimakan yang mempunyai tompok-tompok pada kulitnya menandakan ia telah cukup masak.
pokok duku / langsat
Pokok duku dan langsat bersaiz sederhana tinggi berdaun lebar dan berbatang keras serta berdahan banyak.Buah-buahnya berbuah pada dahan dan bergugus-gugusan.

Buah Durian Belanda (Soursop)

Durian Belanda

Nama botaninya ialah Annona Muricata L.
Dipercayai berasal dari Amerika Selatan.
Sejenis buah berkulit nipis tetapi mempunyai duri-duri lembut di luar kulitnya.Berbeza dengan durian,ianya tidak berbau.
Isinya lembut ,berbiji hitam dan rasanya manis-manis buah.Terkini buah durian belanda sering dijadikan jus selain dimakan segar.
jus durian belanda
pokok durian belanda
Pokok durian belanda bersaiz sederhana ,berdaun kecil dan boleh dibiakkan menerusi biji benih atau keratan tut.

Buah Kelubi

buah asam kelubi
Puas ana Google untuk istilah Bahasa Inggerisnya tetapi tidak di temui.Walaubagaimanapun nama saintifik untuknya ialah Eleiodoxa Conferta.
Sejenis buah yang bertongkol-tongkol dengan kulit tebal diluar dan isi agak lutsinar didalamnya.Buah kelubi amat masam rasanya dan hanya boleh dimakan setelah dijadikan jeruk.
jeruk asam kelubi
Jeruk asam kelubi boleh dibeli dipasar-pasar malam disekitar tanahair kita.
pokok kelubi
Pokok kelubi sejenis tumbuhan palma yang hidup dikawasan lembab seperti paya.Pokoknya hampir sama seperti pokok nipah tetapi bersaiz agak kecil sedikit.

Buah Keranji (Velvet Tamarind)

buah keranji
Nama botaninya ialah Dialium Cochinchinense Pierre.Buah bersaiz kecil dan kelihatan seperti kain baldu hitam di luarnya manakala isi agak berserat didalam berwarna oren keperangan.Buah kelubi agak kering dan rasanya manis-manis tawar sedikit.
pokok keranji
 Pokok keranji boleh mencapai ketinggian 25m bersaiz besar dan berdaun lebat dan kecil.Bolehlah dikatakan ianya sejenis tumbuhan liar yang terdapat dikawasan hutan di tanahair kita ini.

Buah Kundang (Plum Manggo)

buah kundang
Juga dikenali sebagai buah kemior.Nama saintifiknya tidak pula ana jumpai .Buah bersaiz kecil seperti buah mempelam namun agak masam rasanya dan mempunyai biji berwarna ungu didalamnya.
pokok kundang

Pokok kundang bersaiz sederhana,berdahan banyak dan berdaun rimbun.Buah kundang kaya dengan serat seperti juga mangga dan sering dimakan dengan kulitnya sekali.

Buah Manggis (Mangosteen)


Nama botaninya ialah Gracinia Mangostana dipercayai berasal dari Asia Tenggara.Jika buah durian digelar raja segala buah buah manggis pula dipanggil ratu buah.Mungkin kerana kecantikan isi buah ini yang putih bersih didalam dengan kulit berwarna ungu tua.Isi yang masak sangat manis dan bilangan tampok pada dasar buah mewakili bilangan isi buah didalamnya.
Buah manggis mempunyai getah berwarna ungu kuat dan sukar dihilangkan jika terkena pada pakaian.Buah ini dikatakan mempunyai kandungan antioksida yang kaya yang boleh memulihkan imunisasi badan.
 Pokok manggis sejenis pohon yang boleh mencapai saiz yang tinggi mengikut berapa lama usianya,berdahan rendang,daun besar dan rimbun.

Buah Namnam (Cynometra Cauliflora)

 Buah namnam ini memang ana tak jumpa pula istilah dalam Bahasa Inggerisnya jadi diatas itu ialah nama saintifiknya.
Buah ini rasanya sangat masam dan sering dimakan dengan dicicah dengan kicap dan gula.Buah namnam ini agak unik kerana mempunyai enam lekukan pada tepi buahnya.Berwarna hijau bila muda dan bertukar kekuningan bila masak ranum.Mempunyai biji leper dibahagian tengahnya.

Pokok namnam bersaiz kecil dan amat unik sekali kerana ia berbunga dan berbuah pada batang pokok dan tidak pada dahan seperti pokok-pokok buahan yang lain.

Buah Nona (Sugar Apple) 


Buah nona nama botaninya ialah Annona Squamosa.Buah ini berkulit berbonggol-bonggol tetapi teksturnya lembut.Mempunyai biji yang banyak pada setiap ulas buahnya.Rasanya seakan-akan buah durian belanda tetapi lebih manis dan rasa seperti kastad.Berwarna hijau ketika muda dan kekuningan apabila masak ranum.Buah ini juga perlu diperam sebelum enak dimakan.
  Pokok nona berbatang kecil dan berdaun lebat.Ketinggian pokok antara 3-7m.

Buah Rambai (Baccaurea Montleyana) 

Buah rambai seperti diatas adalah nama saintifiknya.Buah berbentuk bujur,bulat dan lonjong.Rasanya masam-masam manis.Sesuai dimakan segar dan boleh juga dicicah dengan gula dan kicap kerana rasanya agak masam sedikit.Ada juga yang menjadikan kulit buah rambai sebagai bahan dalam masakan.
Isinya lut sinar dan mempunyai biji didalamnya.

  
Pokok rambai sejenis pokok yang besar dan tinggi juga.Berdaun kecil dan lebat dan buahnya berjuntai turun dari dahan-dahan.Boleh ditanam melalui kaedah semaian biji benih. 


Sebenarnya banyak lagi buah-buahan tempatan yang terdapat di tanahair kita ini.Cuma beberapa sahaja yang dapat ana kongsikan diruang yang agak terhad ini.Insyaallah di lain ketika ana kongsikan lagi.

sumber rujukan dan foto dari Google...












Tiada ulasan:

Catat Ulasan