sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Selasa, 17 Julai 2012

Kuih Cara Manis






Bahan-bahannya:

2 cawan tepung gandum
3 cawan santan
2 biji telur @ 1 biji jika guna gred A
3 helai daun pandan (blend dgn sedikit air utk mendapatkan airnya)
secubit garam
pewarna hijau 
gula (untuk di taburkan di tengah-tengah adunan kuih)



Cara-caranya:

- masukkan kesemua bahan ke dalam blender dan blend hingga sebati dan tidak bergentel.
- panaskan acuan kuih cara di atas api perlahan dan sapukan sedikit minyak agar tidak melekat.

acuan kuih cara dari Google Image

- tuangkan adunan kedalam acuan yang panas biarkan seketika dan taburkan secubit gula halus ditengah-tengah acuan.
- tutup acuan dan biarkan masak.Kuiskan dengan lidi untuk mengeluarkan kuih yang telah masak.
- hidangkan secara berpasangan.

selamat mencuba



Tiada ulasan:

Catat Ulasan