Satu lagi destinasi percutian di negeri Perak Darul Ridzuan yang paling popular ialah Pulau Pangkor.Untuk sampai ke sini melalui lebuhraya utara selatan keluar ke exit Bidor melalui bandar Teluk Intan dan Setiawan hingga sampai ke Lumut.Jangan risau papan tanda Pelabuhan Lumut memang banyak terdapat disetiap simpang perjalanan.

Dari Lumut kita boleh memilih samada untuk ke Pulau Pangkor melalui jeti Lumut yang memakan masa perjalanan feri lebih kurang 45 minit atau melalui jeti Marina Island yang hanya mengambil masa 10-15 minit sahaja.Tambang feri adalah sama sahaja iaitu RM10 untuk pergi dan balik.Cuma jika kita pergi melalui jeti Marina Island fee RM10 dikenakan untuk pendaftaran keahlian selama setahun.

Ana baru-baru ini pergi dengan jeti Marina kerana kurang sesak dan mengambil masa yang singkat untuk sampai.Kereta boleh dipakir di tempat yang disediakan disini .

jeti Marina Island
salah sebuah feri ke Pulau Pangkor
jadual perjalanan feri Foto dari Google Image

Marina Island
permandangan indah di hadapan Marina Island
Kami sampai ke Pulau Pangkor dan mendapatkan teksi dihadapan jeti Pangkor.Tambang dari jeti Pangkor ke Coral Bay Resort,Pasir Bogak cuma RM10 untuk sebuah van teksi yang boleh memuatkan 12 orang.Kira Oklah kan...Kami membuat tempahan terlebih dahulu di Coral Bay Resort kerana bimbang kehabisan bilik.Memandangkan bilangan yang ramai kami menginap di sebuah apartment 3 bilik tidur disini dengan kadar sewa RM320 semalam.

Coral Bay Resort ,Pasir Bogak.
kolam renang di Coral Bay Resort

teksi-teksi yang terdapat di Pulau Pangkor

Percutian 2 hari 1 malam di Pulau Pangkor walaupun singkat namun terisi dengan pelbagai aktiviti yang kami lalui bersama seisi keluarga.Antaranya mengelilingi pulau dengan bermotorsikal yang boleh disewa disini dengan kadar harga yang berlainan .Untuk hari tersebut kami menyewa 3 biji motor dengan harga RM50 setelah tawar-menawar dengan penyewa.Namun perlu diingatkan motor-motor yang disewa ini memang motor yang agak lama dan kena check minyak samada masih ada atau tidak.

Pada sebelah malam pula kami menaiki teksi ke Teluk Nipah untuk makan malam dan bersiar-siar di pasar malam dan kedai jualan cenderahati di persisir pantai Teluk Nipah.Tambang teksi dari Pasir Bogak ke Teluk Nipah pula ialah RM20.Disini bermacam-macam gerai makanan laut terdapat di sepanjang jalan,cuma pemandu teksi menasihati kami agar berhati-hati dan bertanya dahulu tentang harga makanan sebelum membuat tempahan kerana bimbang terkena bayaran yang tidak munasabah.
Keesokan pagi selepas sarapan di cafe kami ditawarkan untuk mengelilingi pulau atau island tour dengan bot oleh salah seorang penyewa bot di pantai Pasir Bogak.Bayaran yang dikenakan ialah RM100 untuk satu bot dengan maksimum 10 orang penumpang.Kami dibawa mengelilingi Pulau Pangkor dan pulau-pulau kecil yang lain seperti Pulau Giam dan Pulau Mentagor.Dikedua buah pulau ini ada dijalankan aktiviti snorkelling dan bermandi-manda di sebuah pulau yang begitu indah dan bersih persisiran pantainya.Disepanjang perjalanan juga kami dapat melihat batu-batu yang menyerupai penyu,buaya dan paus.Ia merupakan satu pengalaman baru buat ana dan famili.


permandangan island tour dengan bot seperti batu paus,batu buaya dan batu penyu

Selepas check out jam 12.00 tengahari kami menaiki teksi untuk mengelilingi Pulau Pangkor dengan jalan darat pula.Bayaran tambang yang dikenakan kali ini pula ialah RM30 sebuah teksi.Pemandu membawa kami sekeliling pulau melawat tempat-tempat menarik seperti Kuil Fu Lin Kong,Kota Belanda,Kilang Satay Eng Seng dan keseluruh kawasan Pulau Pangkor sebelum menurunkan kami semula ke jeti Pangkor untuk menaiki feri kembali ke Marina Island,Lumut.

Kuil Fu Lin kong

Kota Belanda dan Kilang Satay Eng Seng

Semoga perkongsian ana ini dapat memberi sedikit sebanyak infomasi kepada anda yang ingin melancong ke Pulau Pangkor,Perak Darul Ridzuan.Sememangnya percutian keluarga adalah suatu pengalaman yang paling indah untuk dikenang.Wasallam.



5 Comments

  1. rugi arituh round pangkor xsinggah kuil tu :( next time vacation...pula La :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok next trip gi singgah kay...tq Leeyana Amzar sudi singgah ke sini...

      Delete
  2. Bila lah nak merasa p ni...

    siapa nak hadiah?
    http://fuzamusa.blogspot.com/2014/04/saya-nak-join-giveaway-fuza.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah satu hari nanti Fuza dan famili sampai lah ke sini..

      Delete
    2. amin...tengok entry ni memang menarik sgt

      Delete