sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Sabtu, 22 September 2012

Pantai Teluk Batik,Perak

Selalunya orang akan pergi bercuti ke Pulau Pangkor yang memang terkenal tu, tapi bagi yang kurang budget atau kesuntukan masa untuk ke Pulau Pangkor kalau datang ke daerah Manjung atau Lumut bolehlah singgah ke Pantai Teluk Batik sahaja.

Ia merupakan kawasan rekreasi pantai awam yang sering dikunjungi bila cuti persekolahan ataupun hujung minggu.Terletak tidak jauh dari jeti Marina Island dan sebelum ke kem TLDM Lumut.Banyak papan tanda jalan menghala ke sana disediakan oleh pihak berwajib.

Baru-baru ini, ana berkesempatan singgah ke sini setelah sekian lama tak datang ke pantai ini.Banyak kenangan dulu-dulu zaman remaja sekolah dulu kat pantai ini.Banyak yang telah berubah dan dinaik tarafkan persekitarannya dan banyak kemudahan awam yang telah disediakan.

Dibawah ini ana kongsikan beberapa keping foto yang sempat diambil di Pantai Teluk Batik,Lumut,Perak Darul Ridzuan.......

sekitar pantai Teluk Batik,Perak








Tiada ulasan:

Catat Ulasan