sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Jumaat, 19 Oktober 2012

Little Star Telenovela


Siri drama Little Star ini pernah dah ditayangkan di TV3 menerusi slot Azalea awal-awal tahun 2012 yang lalu kalau tak silap ana.Masa tu tak menonton sepenuhnya sebab macam tak menarik sangat lagipun pelakon-pelakonnya pun tidak secantik Marian Rivera.

Namun selepas habis siri Mara Clara menerusi slot telenovela macam dah tak de siri nak follow so ana layan jugaklah siri ini.Dari satu episod ke episod yang lain kira ok juga lah siri ini.Cuma latar belakang cerita tidak begitu cantik dan jalan ceritapun tak berapa nak touching sangatlah..tapi sekadar isi masa lapang tu bolehlah...

Drama Little Star ini diterbitkan GMA Network dan arahan Maryo J. Delos Reyes.Kisah pengorbanan seorang wanita bernama Helen Estrella yang terpaksa membesarkan seorang kanak-kanak lelaki bernama Nino hasil hubungan gelap seorang penyanyi Gwyneth dan jurugambar Dave De Leon.Helen yang bekerja sebagai pembantu peribadi Gwyneth dipaksa mengakui anak tersebut anaknya kerana hendak menutup perbuatan sumbang penyanyi terkenal itu.Ini memaksa Helen membawa pergi Nino dan membesarkannya disuatu tempat pedalaman.Setelah Nino membesar satu persatu sejarah silam Helen datang ke daerah itu dan membuatkan Helen bimbang akan kehilangan Nino yang telah dibesarkannya dengan penuh kasih sayang ini.

Agak menarik juga bagaimana Helen terpaksa memikul satu tanggungjawab yang bukan miliknya namun naluri dan kasih sayang terhadap anak ini yang membuatkan Helen terpaksa menempuhi pelbagai halangan dan cobaan.Saksikanlah sehingga ke episod akhir siri ini menerusi slot telenovela TV3 setiap Isnin hingga Khamis jam 3.00.....

Barisan aktress dan aktor siri Little Star..

Jennylyn Mercado @ Helen Estrella

Mark Anthony Fernandez @ Dave De Leon
Lovi Poe @ Gwyneth Cordova
Sarah Lahbati @ Paula Estrella
Nicky Castro @ Nino,Rich Asuncion @ Bianca & Paolo Contis @ Lester
Antara adengan-adengan dalam telenovela ini...
Rujukan & Foto: pinoyexchange.com & Google Image.

2 ulasan:

  1. dah terbiasa tengok marian rivera tu kl.ana sbb tu tak berapa nak minat tengok telenovela yg lain...heheh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan KG kalau Marian Rivera laju je layan depan tv kan :)

      Padam