Resepi ni ada yang panggil Badak Berendam dan ada setengah panggil Puteri Mandi.Antara juadah kuih tradisional yang terdapat ditanahair kita ini.Ana tidak menggunakan sukatan kerana kebiasaan kuih-kuih tradisional ini semua main agak-agak je adunannya...

Untuk kuih bahan-bahannya:
1/2 peket tepung pulut
secubit garam
2 cawan air (ikut kepekatan tepung supaya tidak terlalu lembut ketika diuli.)

- campurkan semua bahan dan adun menjadi doh yang lembut,
- buat bulat-bulat kecil dan lubangkan tengahnya untuk mengisi inti.
-bulatkan semula dan rebus didalam air panas mendidih .
-apabila timbul bermakna dah masak dan angkatkan.

Untuk inti:
1/2 biji kelapa parut
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula putih
daun pandan

-masakkan kesemua bahan diatas api perlahan hingga mendidih dan sejukkan.

Untuk kuahnya:
1/2 biji santan kelapa (anggaran 3 cawan santan biasa tidak terlalu pekat)
secubit garam
1 sudu tepung gandum

-satukan semua bahan dan masak seketika di atas api perlahan.Kacau sentiasa supaya tidak pecah minyak.
-susun kuih didalam mangkuk,tuangkan kuah dan sejukkan untuk hidangan.

0 Comments