sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Khamis, 29 November 2012

Mining Magnate Drama NTV7


Drama Cina yang terkini ana ikuti sekarang ni ialah Mining Magnate yang disiarkan di ntv7 setiap hari Isnin hingga Khamis jam 9.30 malam.Kisah pergolakan yang berlaku di sekitar tahun 60an di Malaysia yang dilalui oleh seorang janda kaya yang menguruskan perniagaan perlombongan bijih timah.
Lakonan Debbie Goh sebagai Luo Lin yang jatuh hati dengan pekerja lombongnya yang mirip wajah bekas suaminya bernama Su Zi Kai lakonan Frederick Lee.Zi Kai seorang bekas banduan yang terpaksa merengkuk dalam penjara kerana membunuh bapa tirinya yang memperkosa adiknya Su Jie Ying lakonan Chris Tong.
Walaubagaimanapun Jie Ying tidak mahu menerima kembali kehadiran abangnya kerana ia mengingatkan semula kisah hitam hidupnya selepas 7 tahun berlalu.Dia ingin memulakan hidup baru dengan anak taukeh lombong tersebut Zhu Xi Guang lakonan Josh Lai...Sila layari link http://thestar-online.blogspot.com/2012/10/the-star-online-entertainment-tv-radio_30.html untuk sinopsis penuh drama ini.

Pelakon-pelakon drama Mining Magnate:

Debbie Goh sebagai Luo Lin
Frederick Lee sebagai Su Zi Kai
Chris Tong sebagai Su Jie Ying
Josh Lai sebagai Zhu Xi Guang


foto-foto dari FB Mining Magnate NTV7




2 ulasan: