sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Selasa, 20 November 2012

Nama Bunga-bunga yang dikaitkan dengan haiwan

Hari-hari blog walking sambil cari kawan-kawan blogger baru di samping google-google cari bahan nak update anajingga..Macam-macam kreativiti kalian semua ana jumpa,memang berbakat pena mereka dan banyak sungguh idea rakan-rakan blogger..

Ana sebenarnya kehabisan idea dah nak update blog ni ,dah dua tiga hari blank...ana suka pada keindahan dan kecantikan ciptaanNya... nak kongsi hal personal tiada yang istimewa nak di kongsikan jadi pusing punya pusing lahirlah entry pada kali ini...masih kisah bunga yang cantik-cantik tapi uniknya nama-namanya dikaitkan dengan haiwan-haiwan... Jom kita layan!!!

1.Bunga Misai Kucing:

Ana rasa yang disamakan dengan misai meow ni adalah pada bahagian jarum-jarum putih pada bunga tu yang sama macam misai si manja meow tu...

2.Bunga Ekor Kucing:
Kucing lagi..memang kucing-kucing ni sangat comel hinggakan Junjungan kita pun sayang akannya...kali ni bunga ekor kucing lak..dulu pokok ni memang banyak kat kampung ana .Ianya memang gebu dan berbulu-bulu gak warna merah macam ekor Jingga kan....

3.Pokok Ekor Tupai:

Pokok ini berwarna hijau dan sejenis paku-pakis memang rupanya macam ekor sang tupai yang tegak ke atas.Sering digunakan semasa menggubah bunga-bungaan....cantik hijaunya..

4.Bunga Lipan:

Ini sejenis bunga yang berwarna warni dan merayap dengan daun-daun halus.Daun-daunnyalah yang pada pendapat ana dikaitkan dengan lipan sebab ianya merayap dan daun-daun kecil tu yang sama dengan rupa lipan..

5.Bunga Kupu-kupu:

Pokok ini ditanam dalam pasu yang tergantung,rupanya memang macam sekumpulan kupu-kupu kecil berwarna ungu yang mengelilingi pasu.Sangat cantik dan unik sekali ciptaanNya ini.

6.Pokok Periuk Kera:

Ana tak tahu nak komen pasal pokok ini sebab tak pernah tengok macam mana rupa periuk milik kera... mungkin sebab bentuknya yang seolah-olah sebuah periuk dan ianya terdapat didalam hutan maka kita andaikan ianya milik sang kera..walaupun kera tak guna periuk sebab dia tak masak ...agaknyalah...

7.Bunga Merak:

Bunga ni banyak terdapat ditaman-taman awam kat sekitar Cameron Highland dan kalau nak disamakan dengan merak tu mungkinlah dari lentikkan antenanya tu serta warnanya yang merah dan jingga yang cantik itu..

8.Bunga Burung:
Bunga burung ni yang ana tahu ada dua jenis satu yang macam kat atas ni dan satu kagi warna pink kecil..Ana ada tanam kedua-dua jenis ni cuma yang satu tu tak berbunga lagi dah,mungkin kekurangan baja.Memang kalau sekali pandang macam seekor burung kecil sedang bertenggek diatas dahan...amat menakjubkan CiptaanMu ini....

9.Bunga Sepit Udang:

Pokok ini juga dikenali sebagai Heliconia dan dari segi rupanya macam sepit lobster kat sebelahnya itu dengan warna pun yang seakan-akan.

10.Bunga Tahi Ayam:

Tak jumpa pula imej Google tahi ayam lagipun tak tergamak nak letak kat entry ni... ana rasa yang dikaitkan dengan tahi ayam ni mungkin sebab baunya yang agak tidak harum tetapi dari segi rupa ianya sejenis bunga yang amat cantik dan berwarna kuning terang...sangat sempurna kejadiannya..

11.Bunga Balung Ayam:

Berwarna merah dan pink struktur kelopaknya seiras dengan balung cik ayam kat sebelahnya itu...

12.Bunga Tapak Kuda:

Bunga ini berkuntum-kuntum dan besar sungguh gugusannya.Tak pasti pula kat mana yang disamakan dengan tapak kuda mungkin dari aspek kekerasan kelopaknya...ana tak pasti tentang kisah bunga ini.

13.Pokok Lidah Buaya:

Ianya lebih dikenali dengan nama Aloevera dan pastinya duri-duri disekeliling pokok kaktus ini yang disamakan dengan lidah si bujang senang ini.

Ok sampai disini sahaja coretan ana buat kali ini...Insyaallah di lain ketika kita berkongsi idea lagi...Sehingga bersua lagi.... Terima kasih diatas foto-foto di atas dari Google Image..

4 ulasan:

  1. pernah tengok periuk kera masa panjat gunung kinabalu dulu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq MaMa Rey...ana pernah tgk masa kat cameron Highland saja...

      Padam
  2. menarik! ada entry pasal ni...ada x haiwan lain?

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih Walid Ali.... sekadar berkongsi apa yang ana tahu tentang alam ini... rasanya ada lagi haiwan lain...

      Padam