sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Ahad, 4 November 2012

Pantai Morib,Selangor

foto dari Google Image
Kemana saja ana singgah sambil makan angin ana akan cuba kongsikan di sini.Kali ini, minggu lepas selepas menghadiri majlis perkahwinan cousin di Banting kami lajak ke Pantai Morib.Sebuah pantai peranginan awam yang cantik dan banyak pembangunan telah berlaku disini.

Disediakan tempat-tempat rekreasi riadah dan juga pantai awam untuk mandi-manda.Macam pantai-pantai lain juga semua kemudahan awam disediakan disini seperti gerai jualan,surau ,tempat makan dan yang agak lain sikit disini terdapat jualan dan aktiviti permainan layang-layang.Harga layang-layang juga memang berpatutan dari serendah RM3 hingga RM15..ikut saiz dan kemahiran masing-masing nak main yang kecil atau besar.

Google Image Pantai Morib

Antara kemudahan rekreasi yang ada disini ....

Beberapa keping foto yang sempat ana ambil disini sebagai kenangan....

























Ini saja yang dapat ana kongsikan pengalaman bersiar-siar di Pantai Morib,Selangor Darul Ehsan..Apapun segala yang indah-indah itu semuanya kesempurnaan ciptaan Ilahi yang Maha Agung....


2 ulasan:

  1. memang best dapat jalan-jalan di tepi pantai..tenang je rasanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu Ruzidah,Aj suka sangat ke pantai sekali sekala bermain dengan ombak dan deru laut,subhanallah

      Padam