sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Selasa, 6 November 2012

Rendang Pedas Sotong






Rendang pedas sotong:
Bahan-bahan yang ana gunakan ialah:
1/2 kg sotong sederhana besar(ikut keperluan)
semangkuk santan pekat
5 ulas bawang besar
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
2 batang serai
garam (secukup rasa)
cili giling (ikut rasa)
kerisik
daun limau purut @ daun kunyit hiris halus

Kaedah ana:
blend atau tumbuk lumat bawang merah,kunyit hidup,lengkuas,halia dan serai yang di mayang terlebih dahulu.
tumiskan bahan-bahan kisah dalam sedikit minyak.
masukkan cili giling
masukkan santan pekat dan kacau selalu hingga mendidih.
masukkan sotong dan biarkan masak pekat sedikit.
masukkan kerisik dan garam secukup rasa.
akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit @ hirisan daun limau purut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan