sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Selasa, 18 Disember 2012

LEGACY


Drama telenovela terkini kat TV3 ni ana rasa macam best sebab tak slow sangat jalan ceritanya.Berbanding dengan telenovela sebelum ni Little Star yang jalan cerita memang slow dan watakpun macam agak kaku.. Legacy ni masih mengekalkan Lovi Poe dengan arahan Jay Altarejos dan Andoy Ranay masih terbitan GMA Network yang menerbitkan drama-drama popular Filipina seperti Marimar dan Endless Love.

Sinopsis drama ni berkisar tentang pergolakan dalam sebuah keluarga kaya Alcantara yang meneraju sebuah gerbang perniagaan kecantikan Legacy.Kisah bermula dengan hubungan cinta terlarang Cesar Alcantara (lakunan Dennis Trillo sebagai Cesar watak muda) anak lelaki tunggal Romualdo Alcantara dengan Isabel Calcetas (Bianca King watak Isabel muda).Hubungan terlarang ini mempunyai seorang anak perempuan yang cantik dan bijak bernama Diana Calcetas (Heart Evangelista).Walaubagaimanapun mereka terpisah dan hanya dipertemukan selepas 20 tahun kemudian.

Sebelum itu Cesar mempunyai seorang isteri pilihan keluarga Alcantara bernama Eva Alcantara yang mandul tetapi menipu kehamilannya dengan membeli seorang bayi dari perempuan setinggan yang diberi nama Natasha Alcantara.Keluarga Alcantara tidak mengetahui tentang penipuan Eva ni dan menganggap Natasha satu-satunya waris kekayaan mereka sehinggalah selepas 20 tahun baru Cesar mendapat tahu rahsia ini dan tidak sempat memberitahu pada Natasha kerana Cesar mati di tembak seseorang.

Cesar ni juga mempunyai seorang lagi anak dengan seorang pelakon Anna Marie Levista bernama Bernadette Levista.Sama seperti Diana Calcetas dia juga tidak di terima oleh keluarga Alcantara...Dan berkisarlah plot-plot menarik dari kisah kesungguhan,kesedihan dan permasaalahan yang di hadapi oleh ketiga-tiga anak perempuan Cesar Alcantara dalam mempertahankan kedudukan mereka di dalam Legacy...

Diana Calcetas (Heart Evangelista ) & Natasha Alcantara (Lovi Poe)

Natasha dan bapanya Cesar Alcantara



Diana dan Josh Castillo


Natasha dan Josh


Macam biasa ana postingkan kat sini pelakon-pelakon utama dalam drama Legacy yang di tayangkan setiap Isnin hungga Khamis jam 3 petang di TV3...

Heart Evangelista (Diana Calcetas)
Lovi Poe (Natasha Alcantara)
Sid Lucero (Inigo Salcedo)
Geoff Eigenmann (Josh Castillo)
Alessandra de Rossi (Benedatte Levista)
Mike Tan (Arturo Third San Jose)

 Turut membintangi drama ini ialah Eddie Garcia sebagai Don Romualdo Alcantara,Cherie Gill sebagai Eva Alcantara dan Jackie Lou Blanco sebagai Isabel Calcetas.




Foto dan rujukan :pinoyexchange.com,gmanetwork.com dan wikipedia...http://en.wikipedia.org/wiki/Legacy_%282012_TV_series%29



4 ulasan:

  1. pelakon2 nya hensem2 n cantek2..tapi waktu tayangannya bunda jarang dapat tengok..3pm biasanya masa untuk tido..

    BalasPadam
  2. Dah tak follow pun cite-cita nusantara ni..bukan apa kalu dah tengok nanti kemaruk & tak leh miss...

    BalasPadam
  3. Cite nie memang best tp sejak balik ke IPG trus x tgk g.. Huhu

    BalasPadam
  4. suka DIana dengan inigo.. sepadan..hehe. tgk drama tu semata2 sbb nak tgk Diana..hehe

    BalasPadam