sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Isnin, 24 Disember 2012

Setia City Mall

Dah ketandusan idea nak menulis semenjak dua menjak ni... so mana je ana jalan-jalan,singgah dan rasa macam boleh nak kongsikan dengan orang awam ana akan cuba update kat sini.... walaupun kali ni bukanlah kat tempat yang dikunjungi pelancung atau shopping mall yang grand tapi komplek Setia City Mall ini ada ciri-ciri yang teristimewanya yang tersendiri... Ana bukan nak kongsikan pasal dalam kompleknya sebab mana-mana mall pun sama je ada outlet yang lebih kurang je ada kat mana-mana...

Setia City Mall, Bandar Setia Alam
Kat sini Setia City Mall ni  bersebelahan dengan Setia City Convention Centre terletak di Bandar Setia Alam berdekatan dengan Meru di Klang, Selangor... Ana datang dari lebuhraya PLUS keluar kat exit Setia Alam & Meru dan sampai sini... Yang unik dan menarik yang ana nak kongsi dengan kalian ialah taman lanskapnya yang cukup cantik di hadapan Mall ini.. ianya ana tahupun masa lepak-lepak minum kat food court dia dan boleh nampak dari situ...

Food Court Setia City Mall cantik dan moden

Mall ni memang nampak moden dan up to date dari segi hiasan dalamannya dan macam biasalah tempat-tempat baru ni semuanya ok cuma harap dapat maintain kebersihan dan persekitarannya di masa-masa akan datang.Terdapat surau di tingkat satu yang agak luas juga dan selesa..

Ana nak kongsikan beberapa keping foto yang sempat ana rakamkan di sekitar taman yang terbentang luas di hadapan Setia City Mall ini berhadapan dengan Setia City Convention Centre untuk tatapan kalian...

Permandangan dari dalam Food Court Setia City Mall

 




Jadi sesiapa yang tinggal berhampiran Klang dan Shah Alam ,kalau dah boring nak jalan-jalan dan membeli belah kat kawasan tengah-tengah bandaraya bolehlah ubah selera shopping kat sini pula sambil makan angin kat tamannya yang menghijau ni....

17 ulasan:

  1. aah.. itu hari lalu depan tu.. cantik.. tapi kawasan tu sedang membangun... kalau tak silap... cuma belum berkesempatan singgah ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betullah tu, rumah kat sekelilingpun value dia mahal2....

      Padam
  2. Giler cantik :) . Huhuhuu . Melaka takde pun tempat macam nie -_-" . Susah nak cari tempat macam nie kat Melaka :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. eimuizduaf:kat melaka lagi best2 tempat2nya kan... kami yg luar melaka suka pi melaka cuti2 best!! ana paling suka pi jonker's street...

      Padam
  3. gambar ni anajingga shoot sendiri ke? nice shoot ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tqvm amirul... shoot sendiri camera biasa je kebetulan cuaca petang tu memang baik...

      Padam
  4. view yg cantik...kalau penat2 shopping boleh jalan2 kat tman..

    BalasPadam
  5. ritu ada singgah klang jap...tp x sempat g jenjalan mana... nanti2 klu berkesempatan leh la singgah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak jauh dari klang sentral... bolehlah singgah tgk mall baru ni...

      Padam
  6. ala tak sempat pegi lagi walaupun dekat. semua ada eh?? bowling, karaoke, wayang??

    BalasPadam
    Balasan
    1. biskut chipmore: rasanya ada pawagam je. bowlng x de karaoke tak sure pulak...

      Padam
  7. wah macam best jer?
    terasa nak perggi jer...
    dalam taman.... cantikkk

    BalasPadam
  8. singgah sni, pandai awak tangkap gambar...

    BalasPadam