sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Jumaat, 14 Disember 2012

Taman Tasik Titiwangsa,Kuala Lumpur

Bagi yang memang tinggal di KL atau Selangor memang familiar dah dengan Taman Tasik Titiwangsa ni kan... Untuk yang di luar KL bolehlah ana kongsikan serba sedikit info tentang Taman Tasik Titiwangsa ni yang sering di kunjung oleh warga KL sama ada bersama rakan atau keluarga.Satu tempat riadah di sekitar tasik di tengah-tengah kota Kuala Lumpur.Bukan itu sahaja kini ia menjadi tempat mengadakan pelbagai majlis seperti resepsi perkahwinan, harijadi,family day dan macam-macam lagi.

Minggu lepas ana bersama famili ada singgah kat sini sebab dah bosan jalan-jalan kat shopping kompleks je, so kami cadang nak lepak-lepak petang kat sini.Agak menyedihkan juga kawasan sekitar disini macam agak terbiar dengan rumput dan ranting-ranting terbiar disana sini.Walaubagaimana pun pengunjung kat sini memang ramai dan ada dua tiga event sedang berlangsung disini.

Aktiviti yang sering ada kat sini macam trek joging,kayuhan basikal air,taman permainan kanak-kanak,padang permainan,restoran seafood,aktiviti kereta kawalan jauh dan macam-macam lagi.Parking kereta kalau hujung minggu memang penuh nasiblah kalau dapat tempat meletak kereta dan seringkali mereka akan parking di sisi kiri kanan jalan... Berikut ana kongsikan beberapa keping foto yang sempat ana rakamkan permandangan di sekitar Taman Tasik Titiwangsa yang terletak di belakang bangunan Istana Budaya ,Jalan Tun Razak....

Kelihatan Istana Budaya dan Menara Kuala Lumpur
Dari sudut ini kelihatan KLCC
Taman Tasik Titiwangsa,Kuala Lumpur
Replika kereta kuda

Harga tiket untuk aktiviti kereta kuda dan menunggang kuda
 Harga tiket untuk menunggang kuda ialah RM1 seorang manakala untuk menaiki kereta kuda pula ialah RM1.50 untuk seorang dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak..memang murah cuma kenalah berbaris tunggu giliran sekiranya terdapat ramai pengunjung pada hari-hari cuti...
Kereta kuda Taman Tasik Titiwangsa,Kuala Lumpur
Juga terdapat aktiviti mengayuh basikal air
Berikut beberapa lagi permandangan sekitar Taman Tasik Titiwangsa dari kaca mata ana... terima kasih sudi membaca entri ini.....





10 ulasan:

  1. best jugak sekali skala jalan2... buat aktiviti ke.. kalo kat tasik metropolitan kepong jangan ckp la.. cuti je.. sampai jem jalan.. orang parking sampai tepi jalan besar...

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang best sesekali makan angin ke sini :)

      Padam
  2. Dah lama saya tak jalan-jalan. Yalor, kalau nak ke kawasan sana just untuk kursus. Tak sempat.

    BalasPadam
  3. wah indah nian taman ni,,,,makasih sudah berbagi sobat

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. sesekali jom makan angin sini cik puan hazel :)

      Padam
  5. xpernah singgh siang2 sini...tersinggah pon mlm..

    BalasPadam
    Balasan
    1. malam pun cantik gak kat sini kan Sha..:)

      Padam