sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Rabu, 12 Disember 2012

Tart Buah-buahan



Alamak comotlah pula fotonya...inilah hasil first time ana buat tart buah, maklumlah amatur yg buat walau tak se cun kat la bahome tu tapi rasanya enak juga... So kalau ada yang nak try buat ana lampirkan kat sini resepinya yang ana dapat dari laman sesawang masakan popular...

Untuk pastrinya:
400g tepung gandum                            100g gula icing
secubit garam                                        1 biji telur
200g mentega                                       1 sudu esen vanila

-putar mentega dan gula icing kemudian masukkan tepung gandum,garam dan vanila serta telur hingga menjadi doh.
-gunakan acuan tart dan terap.
-alas dengan foil aluminium tart dan bentukkan sekeliling serta cucuk dengan garfu di setiap sudut untuk pastikan ia masak sempurna.
-bakar dalam oven selama 10-15 minit pada suhu 150'c..

tart yang siap dibakar
Untuk kastard:
100g tepung kastard                                 600g susu segar atau 1 tin susu cair
3 sudu teh susu pekat manis                      1 sudu teh esen vanila

-pukul semua adunan dengan tangan didalam susu suam atau suhu bilik.Didihkan seketika.
-tuang adunan kastard kedalam acuan pastri tadi ketika masih panas kerana ia cepat membeku.

Tuangkan adunan kastard ke dalam pastri



Hias dengan hirisan buah-buahan segar atau ana gunakan buah-buahan dalam tin sahaja..





~selamat mencuba~

5 ulasan:

  1. ^_^ sedap tengok!! Nih yang tahan ni tengok makanan banyak2 ni

    BalasPadam
  2. sodapnye..dr dlu mmg teringin nk try buat tart..sbb mmg peberet la tart ni..huhu..nnti nk try la..hehe

    BalasPadam
  3. sekadar berkongsi idea di sini...tq sudi singgah sdr Crack dan Nia si drumstick...

    BalasPadam
  4. Hehehee . Nampak sangad sedap :D . Nanti bole lak cuba kat rumah nie :D

    BalasPadam