sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Sabtu, 16 Februari 2013

Pau Yik Mun,Tanjung Malim,Perak

Semasa cuti Tahun Baru Cina yang lepas ana ambil kesempatan cuti panjang ni untuk balik kampong halaman tercinta di Teluk Intan,Perak.Lepas bersuka ria di kampong halaman selama 3 hari kami balik Kuala Lumpur semula pagi Selasa tu..memang jarang balik pagi-pagi ni bukan apa cuba nak elakkan kesesakan di lebuh raya dan kami menggunakan jalan alternatif melalui Sungkai-Tanjung Malim..

Dah alang-alang sampai dalam jam 10.00 pagi di Tanjung Malim,kami singgah sarapan di Restoran Yik Mun yang memang terkenal dengan keenakan paunya...Restoran Yik Mun ini terletak dipersimpangan trafik light bersebelahan UPSI..kalau dari utara disebelah kiri manakala dari Kuala Lumpur disebelah kananlah..

Foto dari Google Image
Pau Yik Mun ini memang terkenal disekitar negeri Perak dan diyakini Halal oleh JAKIM..boleh rujuk portal Majlis Daerah Tanjung Malim di http://mdtm.gov.my/pauyikmun

Mereka menyediakan 4 perisa iaitu pau kaya,pau kacang berharga RM1.70 sebiji manakala pau daging dan pau kari ayam berharga RM2.00 sebiji..disamping itu turut dijual pau-pau yang frozen dari 4 perisa itu dengan harga RM20 untuk 12 biji..Terdapat juga pelbagai menu lain disini seperti mee hainan,chicken chop,roti bakar dan lain-lain lagi..Pau Yik Mun ini telah beroperasi sejak dari tahun 1926 lagi..

Foto dari Google Image
Oleh itu bagi mereka yang melalui jalan lama ke Utara tanahair dan singgah di Tanjung Malim ni bolehlah singgah di Restoran Pau Yik Mun yang betul-betul terletak dipersimpangan lampu isyarat di tepi jalan atau bagi penggemar pau bolehlah pergi ke cawangan-cawangannya.Pau-pau disini memang lembut,gebu dan intinya sedap dan yang penting Halal....

Antara lokasi cawangan Yik Mun di Kuala Lumpur.. Foto dari Google Image.

5 ulasan:

  1. memang sedap,
    tiada tandingan di mana2,,,
    setakat ini#

    BalasPadam
  2. Memang femes pau ni... ramai lak cikgu2 upsi lepak situ...

    BalasPadam
  3. BUI DTG MBALAS KUNJUNGAN
    ALANG2 SINGGAH TERUS FOLLOW..^_^

    BalasPadam
  4. perak mmg famous dgn makanaan..hehe.. nanti kalau ada peluang balik kampung nk singgah sini la..hehe..

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah, melepas traffic light Yik Mun, di deretan kedai sebelah kanan jalan yang ada Kedai Jakel dan Panasonic ada sebuah satay house yang special. Nak pergi klu dari KL kena U turn di lampu isyarat Pekan Tg Malim, kalau dari Behrang, selepas Petronas dan lampu Isyarat. Abuya Satay House. Ada satay, nasi ayam, mi kari, laksa... sedappp... kena cuba.

    BalasPadam