Perpustakaan Komuniti 1 Malaysia

by - Friday, February 08, 2013


Kali ini ana jumpa satu lagi tempat yang menarik untuk di kongsikan dengan rakan-rakan blogger.Baru-baru ini ana ke Seri Manjung,Perak ke rumah adik yang baru berpindah.Dalam kesempatan ini,ana sempat singgah ke AEON Seri Manjung yang baru dibuka beberapa bulan yang lepas..yang menarik perhatian ana disini disamping kompleks membeli belah yang serbanika ni ada satu sudut di dalam mall ini menyediakan Perpustakaan Komuniti 1 Malaysia...dah banyak mall ana singgah ni kali pertama jumpa yang ada perkhidmatan sebegini...


Didalam perpustakaan ni memang wajiblah kena ada buku-buku,kalau tidak bukanlah namanya perpustakaan.Ana dapati banyak juga naskah buku-buku yang menarik untuk di baca..Aktiviti ini memang sesuailah bagi ulat-ulat buku yang dah penat pusing-pusing kompleks ataupun anak-anak dan ayah-ayah yang ikut ibu-ibu shopping tu sementara si ibu sibuk membeli belah bolehlah anak-anak dan ayah-ayah lepak kat sini sambil membaca surat khabar atau buku-buku..

 Disamping buku-buku disini juga disediakan kemudahan internet dan wi-fi percuma.Mereka yang berusia diatas 12 tahun boleh mendaftar nama dan menggunakan kemudahan internet secara percuma selama 1 jam. Kat cyber cafe pun kena bayar yang ni percuma je untuk satu jam..

 
Ini pula ruang membaca untuk ibubapa yang menunggu disamping disediakan ruang mainan untuk kanak-kanak bawah 12 tahun seperti bermain puzzle dan sebagainya...

Oleh itu ana rasa pihak pengurusan kompleks membeli belah di sekitar bandar-bandar besar ni wajar sangat menyewakan atau menyediakan kemudahan sebegini untuk manfaat bersama.Walaubagaimanapun pengawalan ketat perlu ada kerana bimbang kemudahan ini akan disalah gunakan..

You May Also Like

8 comments

  1. :-) memang bagus ada tempat membaca cam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Murni, sesuai untuk menyemai hobi suka membaca :)

      Delete
  2. Saya pown duduk Area manjung jugak~ Ngee

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah Syafiq selalulah datang sini shoping ye hehe

      Delete
  3. wah... bagusnya ada pusat sumber macam ni.. moga bermanfaat untuk semua.. :D

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Silakan KM , cuma ana tak pasti masih ada atau tidak kerana entri ini diterbitkan Februari 2013 ... :)

      Delete