sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Sabtu, 15 Jun 2013

Bukit Bendera-Pulau Pinang (Penang Hill)

Dah tiga kali sampai Penang,ni kali pertama ana dapat jejak kaki ke puncak Bukit Bendera ,Pulau Pinang..sebab tiap kali datang stesen kereta kabel sedang di naik taraf..kali ini memang rezeki dapat naik sempena majlis perkahwinan sepupu ana di Gelugor minggu lepas..Jom ana kongsikan beberapa info untuk rakan-rakan blogger dan pengunjung yang tiba dari Google serba sedikit tentang Bukit Bendera ni..

Permandangan indah di puncak Bukit Bendera,Pulau Pinang.

Sampai sana pertamanya bab pakir kereta memang kritikal pada waktu cuti sekolah jadi dengan adanya encik-encik RELA dapat juga kami menyelit dicelah-celah bahu jalan untuk pakir kereta...kemudian berbaris panjang untuk beli tiket,pastikan membawa kad pengenalan kerana harga  untuk warganegara dengan pelancong berbeza ..

harga tiket kereta kabel Bukit Bendera
Lepas satu queue kena pula berbaris untuk menaiki tren atau kereta kabel ini,tapi tidak mengambil masa yang lama kerana terdapat dua buah tren dengan selang waktu lebih kurang 5-10 minit setiap satu perjalanan..

Tren baru Mutiara untuk mengangkut penumpang ke puncak Bukit Bendera
Tren baru ini jauh lebih selesa dan laju berbanding dengan yang lama dahulu..perjalanan untuk sampai ke puncak mengambil masa lebih kurang 3-4minit dan tidak perlu untuk bertukar tren seperti dahulu lagi..berdasarkan maklumat dari warga Penang yang ada di sana..

Pemandangan dari atas Bukit Bendera - landasan kereta kabel.

Lagi pemandangan indah dari puncak Bukit Bendera.
Udara di atas puncak memang dingin dan berangin ,walaupun tidaklah sesejuk berada di Cameron Highland.Terdapat pelbagai tempat-tempat yang menarik untuk di kunjungi disini seperti Cliff Cafe tempat untuk makan dan minum disamping jualan beranika cenderahati ,sebuah Masjid yang comel di atas puncak bukit ,sebuah balai polis lama ,taman rekreasi untuk kanak-kanak,kafetaria-kafetaria moden dan sebagainya..
Disini seperti biasa ana kongsikan beberapa keping foto yang sempat ana rakamkan untuk tatapan rakan-rakan blogger dan pengunjung anajingga disekitar puncak Bukit Bendera,Pulau Pinang...
Cliff Cafe:food court dan kedai cenderahati

Macam-macam jualan

Cenderahati yang wajib ana beli bila makan angin..fridge magnet.

Kacang putih stall

Tempat-tempat ni kena mendaki lagi di atas bukit termasuk sebuah masjid comel untuk solat..

Balai Polis Bukit Bendera dan kawasan sekitarnya..

Terdapat perkhidmatan kereta buggi dengan bayaran RM30 pusing satu bukit..

Stesen kereta kabel di puncak Bukit Bendera,Pulau Pinang.

Untuk keterangan lebih lanjut bolehlah klik di sini :http://penanghill.gov.my/

10 ulasan:

  1. bilalah nk p pening hill..duk je kt kedah..tpi tak smpi2 lgi..zara follow blog akak..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq zara:x pe satu hari nanti sampailah penang hill...

      Padam
  2. Ish...dah jauh beza eh compare saya pergi on year 2006. Keretapi baru ni lom sempat naik lagi...haq yg lama tu,merasa gaklah. hehehe sib baik time naik pi sana xrosak tram ni Kalau x...Mau nangis wow nak menapak naik. rindu nak pi sana tapi...husband kureng Suka, sebab susah nak dapat masakan melayu in Georgetown area.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Love Razila:ye ke..ana kali pertama naik penang hill cuma dgr cite dari adik2 yg duduk penang beza dulu dan kini...tq singgah dan komen.

      Padam
  3. dah pergi, tapi kereta kabel tu laju sangat la, x feel... hehehe... gambar pun entah ke mana letaknya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. lajukan Tedi..mmg x boleh feel pun masa ana naik sesak dgn orang ramai...tq singgah & follow ana..

      Padam
  4. kak..hmm maaf ye komen akak sayaTERpadam..maaf sgt2..:(
    sbb zara ni blogger yang sangat baru ..tak tau lgi nak handel bab2 blog ni..minta maaf ye kak..:(
    apa2 pun trime ksih sbb komen..dan jenguk entry zara..
    sekuntumbungazara.blogspot
    Zzara dh follow blog akak..=)

    BalasPadam
  5. assalam ana..terima aksih sudi singgah blog acik.
    acik pernah naik tahun 2006 dulu..rasa takut acik..dah la keretapinya penuh padat kan..seram..takut terlepas dari landasan

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam achik erna:memang seram masa di bertembungkan tengah rail tu..apapun satu pengalaman baru buat ana dan anak2..tq singgah sini..

      Padam
  6. Cantik2 gambo2nye. Sronok kan jln2 ;)

    BalasPadam