sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Rabu, 10 Julai 2013

Buah Naga @ Dragon Fruit @ Pitaya

Buah Naga / Dragon Fruit
Buah naga ini mak ana bawa dari kampung dua tiga hari yang lalu ,macam menarik pula untuk ana kongsikan disini beberapa fakta yang ana Google berkenaan buah enak yang berwarna ungu pekat ini.sesuai untuk juadah iftar..

Buah naga ini tergolong dalam kategori tumbuhan kaktus yang berasal dari Amerika Selatan.Disana ia dikenali sebagai pitahaya atau dragon fruit..Isi buah naga ada yang berwarna putih,merah dan ungu dengan taburan bijian kecil berwarna hitam yang boleh di makan.Tekstur isi seperti tembikai namun rasanya lebih seperti buah kiwi yang manis-manis tawar sedikit..

Dari Google Image ana dapati ada juga buah naga yang berkulit kuning dengan isi yang putih kerana lazimnya memang kita jumpa yang berwarna merah sahaja.

kredit foto:sitijamilahamdi.blogspot.com
Beginilah rupa pokok naga ,biasanya di tanam dari keratan batang kaktusnya yang berduri besar dan perlu di sokong dengan besi atau kayu yang kuat kerana ianya memang membesar dan berat kerana batangnya menyimpan air yang banyak..kalau di kampung mak ana sering menyiramnya dengan air basuhan beras atau air basuhan ikan sebagai baja katanya,namun ana tidak berapa pasti tentang kesahihannya..mungkin ianya salah satu petua yang diamalkan..

kredit foto : irchams1993.blogspot.com
Ini pula bunga buah naga yang berbau harum dan hanya mekar di waktu malam dan bertahan sehari sahaja dan akan kucup semula..namun ianya berbau agak wangi juga dan menarik serangga untuk proses pendebungaan..

Buah naga ini mempunyai kandungan 80% air disamping kaya dengan vitamin C berbanding tembikai dan epal..menurut wikipedia buah naga juga mengandungi serat,kalsium,zat besi dan fosforus dan berkhasiat untuk penyakit darah tinggi..bolehlah Google ke laman-laman web yang berkaitan untuk fakta yang lebih tepat..

Selalunya ana sering makan buah naga ini begitu sahaja atau boleh juga dijadikan jus,salad buah-buahan ataupun jeli dan agar-agar..

Jus segar buah naga:kredit foto-kusukadiva.com
Disini ana kongsikan juga resepi agar-agar buah naga yang sesuai juga untuk pencuci mulut waktu iftar nanti..


1 peket agar-agar
3 senduk gula
1 tin susu cair
secubit garam
1 biji buah naga
1 liter air

Caranya: 
Kisar buah naga.Didihkan agar-agar dengan air dan gula,bila mendidih masukkan susu cair dan isi buah naga.Masukkan dalam dulang atau acuan dan sejukkan..tak perlu pewarna kerana ianya memang merah pekat..selamat mencuba..

14 ulasan:

  1. puasa2 ni..mcm2 resepikn..hee

    BalasPadam
  2. betulkan siti ZAHARA; last2 pegi bazaar jugak..hahaha..

    BalasPadam
  3. alahai lagi 45minit nak berbuka puasa,terliur tengok,:d

    BalasPadam
  4. Air basuhan tu sebab tak mo membazir. Tapi air basuhan baju jangan sebab ada sabun hahahahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. betullah kan...Empayar Utama...erm jgn nnt kering terus pokok tu..

      Padam
  5. Balasan
    1. tq tarmizi....nnt cari kay utk iftar..atau sahur..

      Padam
  6. mmm...sedap yer..terliur pulak tengok buah naga ni :)

    BalasPadam
  7. tak suka buah naga . actually x suka buahan sgt . hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. cik natasya (: :lain orang lain seleranya kan...tq singgah sini

      Padam
  8. Eh buah naga yg kuning tu rare.. buah naga kalu potong2 dadu bubuh dlm peti ais mkn sejuk. wahhh syahdunya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. amir ahari : betul sangat sebenarnya ana pub tak pernah jumpa lagi yang kuning pencarian melalui mr Google ni...

      Padam