Enam hari lagi Syawal akan datang menggantikan Ramadan...moga-moga Ramadan kali ini adalah lebih baik dari sebelumnya...dan diharapkan kehadiran Syawal ini kita akan terus beribadat kepadaNya dengan lebih lagi..Insyaa Allah...

Jom kita singkap kisah-kisah nostalgia Syawal yang pernah ana lewati suatu waktu dahulu dizaman kanak-kanak yang pada tika dan saat ini segalanya makin hilang di telan arus masa...

Kad Raya: jika dahulu zaman sekolah menengah ana memang banyak mendapat kad-kad ucapan Selamat Hari Raya dari kawan-kawan pelbagai kaum..macam-macam gambar yang cantik-cantik dan ada juga yang di terima melaui pos...memang seronok dan bila tiba hari raya kami akan gantung di dinding-dinding rumah atau pada ranting pokok sebagai hiasan hari raya..tetapi kini semuanya melalui kemajuan IT seperti menerusi sms,twitter,facebook dan lain-lain lagi...memang ringkas dan mudah namun semudah kita men'delete'nya sebegitulah juga tiada sentimental valuenya...berbanding kad ucapan dimana kita akan beli,karang ayat-ayat menyentuh hati,pergi ke pejabat pos dan poskan kemudian dapat balasan maka ianya lebih dekat dihati kita..

Kad Hari Raya sebagai hiasan (foto:echamysara.blogspot.com)

Mengayam daun ketupat: antara ketupat yang kami buat di kampung dahulu ialah ketupat daun palas dan ketupat daun kelapa atau daun nyior..ketupat daun palas berbentuk segitiga dan lazimnya diisi dengan beras pulut manakala ketupat daun kelapa berbentuk segiempat dan diisi beras atau nasi..kerja-kerja ini kami lakukan malam hari raya kerana masa dahulu tarikh hari raya boleh jadi esok atau lupa bergantung pada rukyah atau kaedah melihat anak bulan..

ketupat daun palas dan ketupat daun kelapa (Google Image)
Pada masa sekarang kita lebih mudah menyediakan juadah-juadah ini hanya dengan membeli yang sudah sedia untuk di masak dengan pelbagai jenama..beli , rendam dan terus rebus dengan peket-peket plastiknya..sekarang lemang segera pun boleh kita rebus sahaja di rumah...

Membuat kuih tradisional: antara yang mak dan arwah opah akan sediakan untuk kuih hari raya adalah kuih bahulu,kuih bangkit dan wajik pulut manis..memang susah untuk membuatnya kerana segalanya dengan kaedah manual tanpa bantuan mesin seperti masa kini...jika dahulu untuk membuat kuih bahulu mak akan memukul telur didalam pasu dengan pemukul spring sehingga kembang...kemudian di bakar di atas dapur arang dengan api di atas dan di bawah acuan..adakalanya sehingga terhangus kerana tidak dapat mengawal suhu kepanasan api..

pemukul telur dan acuan bahulu tradisional (foto :aizacake.blogspot.com)
 Satu lagi kuih tradisional yang agak susah untuk disediakan ialah agar-agar kering, dimana ia perlu di rebus dengan gula yang banyak dan kemudian di potong akhirnya di jemur berhari-hari untuk mengeringkannya..begitu juga kuih bangkit dan wajik yang banyak menggunakan tenaga untuk mengacaunya di atas api perlahan hingga masak..

kuih-kuih tradisional melayu (Google Image)

Pelita atau panjut; masa dahulu dan kini masih juga terdapat aktiviti memasang pelita atau di negeri Perak, kami panggil panjut di kawasan rumah khasnya di kampung-kampung..pelita katak dinyalakan dan di pasang pada tiang di sekeliling rumah bermula dari sepuluh malam terakhir Ramadan hingga kedatangan Syawal..ada kalanya kami menggunakan tin-tin susu terpakai dan di isi sumbu dari tali guni dan dinyalakan dengan minyak tanah..pelbagai bentuk dihasilkan mengikut kreativiti masing-masing..dahulu setiap rumah akan memasang pelita panjut ini.

pelita atau panjut
Bermain bunga api: bila saudara mara berkumpul ramai-ramai,kanak-kanaklah yang paling seronok bermain bunga api...bunga api yang kami main tidaklah berbahaya seperti sekarang sekadar nyalakan dan pegang sambil pusing-pusingkan sahaja..atau kalau yang agak nakal akan baling pada pokok-pokok yang ada di sekitar kampung..antara bunga api yang kami main adalah yang berbatang besi cap kucing hitam ataupun yang berbelang-belang putih dan merah dan mengeluarkan asap yang banyak..nostalgia sungguh..

bunga api (Google Image)
Setakad ini dahulu yang dapat ana kongsikan nostalgia Aidil Fitri yang pernah ana lalui suatu waktu dahulu, sekarang ada yang telah berubah mengikut peredaran masa dan ada yang masih di kekalkan..namun apapun Hari Raya merupakan satu hari yang amat indah dan sebagai hambaNya ,Hari Raya Aidil Fitri merupakan satu anugerah dariNya dan merupakan hari kemenangan untuk kita yang telah berjaya melakukan ibadat puasa Ramadan yang lalu...

Di kesempatan ini jua , ana memohon ampun dan maaf sekiranya ada coretan atau posting ana yang pernah menyinggung hati sesiapa sahaja yang pernah singgah di anajingga ini...Sesungguhnya yang baik itu semua dariNya dan yang khilaf itu dari kekerdilan diri ana...Salam Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin...

2 Comments

  1. kenangan mengusik jiwa nih.. :)
    Saya suka kuih2 tradisional nih ana.

    ReplyDelete
  2. salam merdeka raya ye,masih sempat lagi ni wish hari raya he3...saya poun minta maaf sebab lambat singgah sini :)

    yelah semakin moden semakin kreatif dan canggih cara kita menyambut raya.tapi tulah semua yang moden kurang menyentuh 'jiwa' berbanding cara2 dulu kan he3...

    ReplyDelete