sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Jumaat, 11 Oktober 2013

Embun Pagi..



Embun di hujungnya daun..
menitis lalu berderai....
jatuh ke bumi hilang....
hanya tinggallah kenangan...

Sebaris dari lagu nyanyian Gaya Zakri era 80-an dahulu..Embun.. satu lagi keajaiban ciptaan Allah swt yang wujud di alam semesta ini...misteri dan ada sebabnya tersendiri mengapa Allah menjadikannya..kerana tiada satupun ciptaanNya yang dijadikan dengan sia-sia..




Embun terbit di subuh pagi selepas kedinginan malam berlalu...meninggalkan titisan air pada helaian daun dan rumput lalu menghilang di kala terbit sang mentari pagi...namun kini embun jarang kelihatan lagi khasnya di bandar-bandar dan sekitarnya..mungkin kerana faktor cuaca yang tidak sedingin dan sehening di desa-desa dahulu....



Dari kehadiran sang embun maka terciptanya perumpaan ibarat embun di hujung rumput yang membawa maksud sesuatu yang bersifat sementara dan tidak kekal...umpama kasih seperti embun di hujung rumput..datang dan pergi sekelip mata... Dan memang itulah fitrahnya sang embun yang muncul cuma untuk beberapa detik terus menghilang di telan sang cahaya matahari..



Apapun kejadian di atas muka bumi ini kita sebagai hambaNya yang kerdil ini sangat bersyukur dengan segala yang Allah jadikan di atas bumi ini untuk di hayati dan melihat dengan mata hati betapa Agungnya Ciptaan Tuhan Yang Maha Esa... kadang kala kita alpa dan leka hingga terlepas pandang dengan Maha Suci Ciptaan Ilahi...Sekadar renungan kita bersama ... perkongsian ana tentang keindahan ciptaanMu Ya Allah...

Foto: Google Image.

4 ulasan:

  1. subhanallah cantik pic embun tu
    segala puji hanya utkNya

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq Yumida Huda : tiada terbanding kekuasaanNya..

      Padam
  2. suka tgk pic embun tu,cantik...esk pg ingat nak mengintai embun dihujung daun jgkla..dah lama x tgk..huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq latifah zainal: kalau di tempat tinggal ana ni memang payah nak jumpa embun kena keluar sebelum subuh adalah agaknya..

      Padam