sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Rabu, 30 Oktober 2013

HD dan TV kembung...

HDMI bermaksud High - Definition Multimedia Interface... wah canggih sangat bunyinyakan... Kisah kali ini ana nak kongsikan sesuatu yang berlaku di depan mata ana sendiri betapa pentingnya kita sebagai pengguna mempunyai serba sedikit ilmu atau lebih mudah info tentang sesuatu barang atau perkhidmatan yang kita bayar...

Kebelakangan ini sana-sini merungut tentang kenaikan harga barang yang tidak selaras dengan pendapatan isi rumah kita...bukan sahaja barang keperluan hidup seperti makanan, bil-bil perkhidmatan juga makin hari makin meningkat...contohnya sebagai pengguna internet hari-hari ana dihubungi oleh pihak TM untuk menaik tarafkan kelajuan dengan mempromosikan pekej-pekej yang jauh lebih mahal dari yang telah sedia ada...seringkali ana beritahu pada mereka ..setakad ini ana tiada masalah dengan pekej yang lama dan akan kekal sampai dah tak boleh guna saya akan hubungi pihak anda...

Tak cukup dengan itu langanan TV berbayar juga melantik agen-agen untuk menghubungi pelangan dengan tawaran-tawaran pekej yang sudah semestinya menambahkan komitmen yang sedia ada... Sebagai pelangan kita perlu bijak untuk memilih pekej yang benar-benar mengikut keperluan untuk di langgan..

Beberapa bulan yang lepas , ana pulang ke kampung mertua di Pahang.. rata-rata penghuni di kampung ini melangan pekej HD kerana dihubungi oleh agen-agen stesyen TV untuk menukar kepada pekej-pekej HD ini... dengan penambahan bayaran bulanan RM20 tidak termasuk lain-lain tawaran pekej-pekej semasa..
Ada diantara mereka membayar bil langganan jauh lebih mahal dari ana sendiri, tak kisahlah jika mereka memang mampu ...

Yang menjadi persoalan pada ana ialah mereka menonton TV biasa atau anak buah ana panggil TV kembung, jadi sudah pastinya tidak menerima siaran dalam bentuk HD ini...kerana TV-TV tersebut tidak mempunyai aplikasi HDMI... gambar tetap kelabu dengan sistem audio yang lazim sahaja..

Google Image : anak buah panggil TV kembung sebab TV dia nipis...

Pada pendapat peribadi ana.. ianya satu pembaziran dan sia-sia sahaja... Apakah mereka ini diberitahu tentang ciri-ciri HD ini atau sekadar dihubungi untuk menambahkan harga pekej semata-mata... Namun ada jiran ana baru-baru ini dihubungi oleh agen untuk menukar set kepada pekej HD hanya setuju untuk menerima peralatan baru sahaja seperti piring,dekoder dan remote tetapi tidak melanggan pekej HD kerana memberitahu pihak berkenaan beliau masih menonton TV kembung ini... katanya " buat apa bayar kalau tak boleh tengok HDnya " satu tindakan yang bijak bukan...

 Harapan ana semoga kita menjadi pengguna yang bijak dalam membuat pilihan... Sekadar sebuah perkongsian pendapat ana sahaja... kalau ada yang tersalah dan silap infomasi harap perbetulkan...

6 ulasan:

  1. yer, betul tu sis ana.. kdg yg nak kaut untung ni dia bajet jita x der ilmu, so take for granted la kan.. hihi.. gud info.. :)

    BalasPadam
  2. huhu..betul2 mcm2 kena tambah lg..astro beyond segala bgai la

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah, yang tak tahu main bayar je kan :)

      Padam
  3. tv kembong....

    bonde panggil tv gemokk... kat rumah masih ade ... masih boleh tengok

    BalasPadam
    Balasan
    1. kak ana pun ada sebiji lagi Bonda buh dalam bilik tanpa Astro hihi :)

      Padam