Tengahari ini hujan turun dengan lebat di kawasan kediaman ana...selepas hujan membasahi bumi Allah ini, ana keluar halaman seketika dan terpandang suatu keindahan ciptaan Tuhan yang sangat cantik dan memukau...seekor rama-rama bergayut di dahan kecil pokok hiasan pagar..

Rama-rama ini kelihatan basah sayapnya dan tak mampu untuk terbang bebas dan kekal disitu buat beberapa ketika...selang setengah jam kemudian ana perhatikan ia masih di dahan yang sama...dan setelah hampir Maghrib ia tidak kelihatan lagi...mungkin sayapnya telah kering dan membolehkannya terbang bebas semula....

Apa yang ingin ana kongsikan disini ialah bahawa di bumi Allah yang maha luas ini,bukan kita sahaja yang menjadi penghuninya...terdapat jutaan lagi ciptaan Tuhan Yang Maha Agung bersama menghuni dan ada ketikanya mereka adalah jauh lebih baik dari diri kita seorang hamba yang kerdil ini...Kerana tiada satupun yang Allah swt jadikan ianya dengan sia-sia...kecuali untuk beriman kepadaNya...

Sekecil-kecil rama-rama juga ada peranannya dalam kitaran kehidupan duniawi ini..ada peranannya disisi Tuhan...Sekadar ingatan untuk ana dan kalian yang singgah disini bahawa kita berkongsi bumi Allah swt ini dengan pelbagai makhluk ciptaanNya yang lain dan pandanglah sekitar alam dengan penuh rasa cinta pada Penciptanya.....

8 Comments

  1. Replies
    1. Segala puji bagi Allah... sungguh benar Lilynn

      Delete
  2. waa akak amik ke pic rama-rama tu? cantiknya ciptaan Allah kan kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul liza izara tersayang: macam akak tulis di atas ia tidak bergerak mungkin kerana sayapnya basah...

      Delete
  3. cantik.. tapi anak saya takut betul dengan rama-rama ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke mama: macam-macam keletah anak2 ni kan..

      Delete
  4. Saya suka dengan cara Ana bercerita ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Linda... sama2 kita kongsikan apa yang boleh di manfaatkan bersama..

      Delete