sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Ahad, 10 November 2013

Nur Qaireena Sofea


Nur Qaireena Sofea cucu kedua kakak angkat ana , Puan Emimy Zainal Abidin berusia 6 bulan menghidap jantung berlubang dan memerlukan RM40 Ribu untuk kos pembedahan di sebuah hospital swasta..

Apabila artikel ini disiarkan di media surat khabar dan kemudian di shared di ruang-ruang sosial seperti facebook dan instagram dan lain-lain pelbagai maklum balas yang ana baca... Alhamdulillah ramai yang menghulur bantuan dengan penuh rasa ikhlas ...hanya Allah yang dapat membalas jasa dan mengurniakan pahala buat kalian...Tidak kira walau sepuluh ringgit sekalipun bila dikumpulkan In Shaa Allah akan dapat mengumpul dana untuk pembedahan Sofea ...

Namun ada juga insan-insan diluar sana yang gemar benar mengomen dan mempertikaikan kenapa Intan Hazreena dan suaminya menghantar Sofea ke hospital swasta... Sebagai mewakli kakak kesayangan ana, dan seperti seorang ibu kepada Intan, ingin ana nyatakan disini bahawa sebelum ini memang mereka cuba mendapatkan rawatan di IJN dan Hospital Serdang yang mungkin kos rawatannya lebih murah namun Sofea terpaksa menunggu giliran yang agak lama atas beberapa faktor tertentu yang diberitahu oleh pihak berkenaan..

Hati ibu mana yang dapat bertahan serta berdiam diri menunggu saat-saat yang berlalu sambil mendengar anak kecil ini terus menangis saban hari tanpa berbuat apa-apa...sebagai salah satu usaha dan ikhtiar mereka mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta ... memang benar banyak perbelanjaan yang terpaksa ditanggung oleh keluarga kecil ini tetapi sebagai ibu bapa sudah pasti sanggup berhabis mungkin untuk mempastikan Sofea kembali sihat dan membesar seperti anak-anak lain...

Dan menurut Kak Emimy ,pihak hospital yang menyarankan untuk memanggil pihak media sebagai salah satu cara untuk mempercepatkan pengumpulan dana pembedahan dan kos rawatan susulan Sofea...Ana yakin kita sebagai ibu pasti juga akan melakukan tindakan yang sama seperti apa yang Intan lakukan untuk secepat mungkin melihat Sofea kembali sihat...sedangkan kalau anak kita digigit nyamuk sekalipun segera kita menyapu ubat inikan pula masalah jantung berlubang yang serius seperti ini..

Ana berharap sangat mereka yang ingin membantu dengan Lillahi Taala tak perlulah banyak soalan atau komen yang boleh mengguris hati keluarga ini yang telah sedia bersedih dan berduka cita dengan apa yang telah mereka lalui selama ini...Tak perlu mempertikaikan kenapa tak ambil insuran,kenapa tak cuba itu dan ini sedangkan ini adalah ketentuan takdir dan ujian buat mereka dan semoga Allah mempermudahkan keluarga ini menempuhinya...

Kepada Intan dan Azhar..sekiranya suatu hari nanti terbaca entri aunty Zie di sini..percayalah..Allah swt menguji kita setakad mana kemampuan kita melaluinya... aunty percaya Intan dan Azhar kuat dan aunty doakan Sofea akan sihat seperti anak-anak lain ....Amin.

Untuk yang sudi menghulur sumbangan no akaun Intan Hazreena ada di bawah keratan akhbar dan paling tidakpun bersamalah kita mendoakan semoga Sofea selamat menjalani pembedahan dan sihat seperti anak-anak lain.... Amin Ya Allah..

15hb November 2013:

Pagi tadi ana terima panggilan dari kak Emimy yang minta ana menyampaikan ucapan jutaan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah sudi menghulur sumbangan buat Nur Qaireena Sofea bt Azhar..dan kepada sahabat taulan yang turut memberikan kata-kata semangat serta iringan doa agar dipermudahkan Sofea untuk mendapat rawatan...Hanya Allah swt yang dapat membalas jasa baik kalian..

Menurut Kak Emimy... jika tiada aral melintang dan dengan IzinNya kelak, Sofea akan menjalani pembedahan pada 20hb Disember 2013 walaupun dana masih belum mencukupi sepenuhnya.....

Buat masa ini pihak bank hanya membenarkan 100 transaksi dalam masa sehari dan ini menyebabkan ramai di antara kita yang ingin membuat sumbangan tersekat apabila akaun diblock kerana mencapai limit transaction...

Memetik laporan akhbar myMetro http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Jumpadoktoresok/Article/index_html turut menyediakan kemudahan sumbangan melalui cek :

 Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghantar cek atas nama The New Straits Times Press (M) Bhd dengan menulis nama Nur Qaireena Sofea Azhar di belakang cek dan dihantar kepada Bahagian Kewangan/Unit Kebajikan NSTP, The New Straits Times Press (M) Bhd, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur.

Semoga segala usaha kita membantu anak comel ini akan diberkatiNya jua..amin..

12 ulasan:

  1. manusia suke menilai sesuatu prkare tanpa mngetahui prkare y sebenar.....

    salam perkenalan...smga adk sofea sihat n cepat sembuh....in shaa allah....

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih atas doa ct aman..memang begitulah lumrah manusia masa kini...

      Padam
  2. amin..semoga adik sofea cepat sembuh..saya akan panjangkan entry nie ke dalam fb pages saya..mana laa tau kalau ade yang nak turut sama membantu..

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin..terima kasih Azlan Strider...semoga dipermudahkan buat sofea ..amin.

      Padam
  3. Nor Fazrina : akaun bapa Sofea , Azhar Khozin (MBB : 1622 6351 9939 )terima kasih atas keperihatinan...semak dahulu ye takut tersalah akaun..

    BalasPadam
  4. Salam Semua...
    Adik kepada ibu bayi ini adalah kawan anak saya. Atas dasar kesedaran untuk membantu dan simpati atas nasib si kecil ini, mereka telah lakukan sesuatu di sekolah hari ini. Jom baca tindakan menarik mereka dalam blog kami di klinikmotivasi.blogspot.com atau FB kami Klinik Motivasi Asasinsan.

    Seperkara lagi, mmg hospital kerajaan mudah dikunjungi tetapi lambat untuk dapatkan rawatan walaupun penyakit yang kritikal atas sebab tertentu. Mmg nak cepat dapatkan rawatan di hosp. swasta is the best choice. My father experienced this before...dan alhamdulillah dia dah sihat sekarang. Hmm the choice is on us...
    Wallahua'lam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah dan terima kasih... ana kenal adik2 Intan ..ada 3 org lelaki dan seorang perempuan yang masih bersekolah... semoga Allah merahmati usaha kita bersama ..amin.

      Padam
  5. harap adik sofea dapat banyak bantuan.. harap family nya tabah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq Lilynn : lama menghilang..busy dengan adika ye...maklumlah baru dpt kaki katanya...

      Padam
  6. payah manusia ni bila tak nak paham dan tak ada sifat empati dalam diri.. tau nk komen tapi nk tolong tak nak pulak..ape pun harap2 dana untuk anak ini dah berjaya dikumpul...

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah...dana yang diterima banyak membantu Intan untuk Sofea untuk menjalani pembedahan pada 20hb Disember nanti..In shaa Allah...semoga pembedahan selamat dilakukan dan Sofea sembuh seperti kanak2 lain..Amin.

    BalasPadam