sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Sabtu, 30 November 2013

Once upon a time - Batu Giling

Batu Giling

Batu giling ini ana jumpa di kampung halaman beberapa minggu yang lepas semasa kami bergotong royong mengemas laman rumah arwah tok untuk persiapan majlis perkahwinan sepupu ana tidak lama lagi....Dah terbiar di atas rumput dah pun sebab tiada siapa nak menggunakannya lagi...namun pasti penggemar barang-barang antik di luar sana sanggup membeli batu giling ini sebagai koleksi mereka,tapi ialah di kampung benda-benda macam ni terbiar begitu sahaja....

Batu giling ini dahulu pernah digunakan oleh arwah opah dan rasanya masa mak ana dulu-dulupun pernah gunakan untuk menggiling cili kering,kerisik,rempah ratus dan sebagainya...memang kekuatan fizikal sepenuhnya diperlukan untuk menggiling kerana perlu menggerakkan anak batu giling ini berulang kali ke depan dan ke belakang untuk melumatkan bahan yang digiling....tambahan pula anak batu giling ini memang berat sebab 100% batu dan alas batu itupun memang beratnya dalam 10kg agaknya sebab ana tak mampu nak mengangkatnya...

Perubahan arus masa kini batu giling ini telah diambil alih tugasnya oleh pengisar elektrik atau blender yang jauh lebih mudah dan cepat...namun batu giling ini pernah menjadi satu dari alat untuk memasak suatu masa dahulu dan genarasi kini ramaipun yang tidak pernah melihat apatah lagi menggunakannya...kiranya dah jadi sejarah lah kisah batu giling ini....

~sekadar perkongsian ~

9 ulasan:

  1. Kena simpan tu, suatu masa nanti ada nilai..

    BalasPadam
  2. salam sis... saya masih ingat ketika nenek gunekan batu giling untuk giling cili....dan rasa masakan gune batu giling memang sedap ohsem... berbeza bila gune blender.... tapi tu semua cume tinggal kenangan je la... susah nak jumpa batu giling skrg :)

    BalasPadam
  3. salam ukhwah... wah, susah nak jumpa batu giling ni... boleh jadi rare ni nnt. :D

    BalasPadam
  4. simpan elok2 buat bahan sejarah dan utk ditunjukkan kpd generasi akan datang.

    Batu giling yg arwah emak saya gunakan dulu entah dah hilang ke mana …… huhu

    BalasPadam
  5. terima kasih semua.. amir zahari, hafrizah sweet, rizal slaughterheart, yunus badawi.... semuanya ada kenangan dr masa silam..ana akan simpanlah batu giling ni nnt jadi bahan rujukan anak2 akan dtg...tqvm

    BalasPadam
  6. ada tapi xreti nk guna, rempah yang digiling guna batu giling ni mmg sedap

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum.. salam kenal dari Ros :) #501

    BalasPadam
  8. wah.. antik ni.. pernah tgok batu giling mcm ni tp x ingt kat mn.. hihi

    BalasPadam
  9. Nur Abu Bakar: wah masih ada ye...memanglah susah nk gunakannya... ros_reeza:terima kasih follow dan salam ukhwah nnt ana dtg balik ye... Lilynn sayang: tengok kat mana tu??muzium kut...hehe

    BalasPadam