Serawa Buah Bacang
Satu lagi ana kongsikan juadah pencuci mulut yang tradisional atau ala-ala kampung iaitu serawa buah bachang...kenalkah buah bachang tu apa??sejenis buah kategori mangga dengan bau yang amat kuat dan bersabut isinya....disebabkan rasa buah bachang ni tidak sesedap buah mangga yang lain..ia digabungkan dengan santan dan gula lalu dijadikan serawa buat pencuci mulut....
Buah Bacang
Inilah buah bachang yang ana ambil dari kampung Teluk Intan hari tu...hati-hati kerana buah ini bergetah dan boleh melecur kalau terkena kulit.....baunya samalah macam durian , memang tak boleh sorok punya..
Kupas kulitnya dan basuh bersih-bersih..
Hiris halus-halus dan jangan ambil bahagian yang bersabut tengahnya....
Blend kelapa parut dengan air masak untuk santannya supaya anak-anak tidak sakit perut...campurkan gula dan secubit garam...masukkan cincangan buah bachang tadi...sejukkan dalam petiais atau masukkan ice-cube jika nak cepat sejuk...sedia untuk satu hidangan pencuci mulut tradisional khasnya bagi orang-orang dari negeri Perak Darul Ridzuan....

~Cubalah~

15 Comments

  1. Selamat mlm..terus singgah kesini..sbb nmpk buah buahan jugak.hehe..tak pnh mkn serawa bacang ni..abes2 pun mak potong bg mkn cmtu je..harus dicuba ni..feveret sya ni :D

    ReplyDelete
  2. Kuatnya bau bacang...! hehehe..

    ReplyDelete
  3. wahhh macam sedap je ! heeeee , rupanya isi bachang ni macam mangga ek ?

    ReplyDelete
  4. tq semua...nnt kalau jumpa buah bacang ni boleh cuba buat serawa kay... :)

    ReplyDelete
  5. musim bachang ke sekarang? kat kg alise mcm xde buah jek..

    ReplyDelete
  6. salam ukwah jugak untuk ana,tq sebb sudi singgah blog dyh yang hidup segan mati tak mau tu heheh
    haah dyh g teluk intan rumah mak sedara dekat sana time raya hari tu, dah alang2 g sana saja jalan2 menara condong rindu lama tak pergi ehehe

    ReplyDelete
  7. Kalu musim buah ni nanti boleh try resepi ni =D

    ReplyDelete
  8. terima kasih siti alfakhishah aman,Dayah,umi alya,masya dan nur abu bakar....kalau jumpa buah bachang nnt cuba try test buat serawa ya...

    ReplyDelete
  9. kak ana.. adik ipar ada bagi buah bachang .. dia amik dr kebun di trolak.. tp lilynn x reti nk makan.. jadi bagi kat org.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm mesti Lilynn tak tahan bau dia kan..semerbak satu rumah...

      Delete
  10. sedapnyaaaa!!!! meleleh2 air liur smpai atas meja..bachang nii org kelantan panggil buah ' kining'...sedapppp

    ReplyDelete