Hantaran simple bertema pink

Seminggu lebih ana menyepikan diri dari arena blog kerana agak sibuk menyediakan hantaran dan persiapan majlis perkahwinan sepupu ana, Abd Muin dengan pasangannya Farah Farhana yang telah selamat berlangsung pada 20hb hingga 22hb Disember yang lalu...

Kami mengadakan majlis dalam suasana yang sederhana sahaja dan begitu juga dengan persiapan hantaran dengan budget yang kurang dari RM100 memandangkan kami dari pihak pengantin lelaki dan jika boleh ingin mengelakkan dari sebarang pembaziran....

Di sini ana kongsikan 7 dulang hantaran dari pihak pengantin lelaki yang bertemakan ungu pink dengan hiasan dari bunga ros sponge yang kecil-kecil....semoga dapat memberi sedikit idea untuk bakal pengantin yang singgah untuk mencari ilham hantaran yang mudah dan ringkas...

Hantaran wangian dan bedak
Sepasang kasut
senaskah terjemahan Al-Quran
sehelai sejadah
beg tangan
mas kahwin
seutas gelang tangan

~berkongsi idea~

19 Comments

  1. cantiknya mas kahwin buat cenggitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu last minit NinaAz: kak ana gulung dan klip dgn paper klip..bimbang gak melayang sehelai dua .. :)

      Delete
  2. tembikai penyu dibawah mmg unik!!

    ReplyDelete
  3. hai kak ana.. amboi kretif nyer dia.. :)

    ReplyDelete
  4. purple pink same dgn tema lilynn :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehlah Lilynn sayang...purple pink ni memang fav pengantin kan... :)

      Delete
    2. yer kak ana.. nampak lah feminism kalau pilih pink atau purple.. neway.. cantik dan kemas idea dan hasil tgn kak ana.. yg penting jimat kos.. :)

      Delete
  5. bru plan nak buat hantaran kaler ni..dah ada contoh, boleh celup skit idea..hihi..tp kan, kalau barang kosmetik nak balut dgn plastik, cmne ek..? kne pakai plastik kategori yg mana..dah try beli yg biasa tu, cam x kemas n mudah koyak..

    ReplyDelete
  6. hye Maya Omar: no prob sila celup idea kak ana kita kongsi2 kay..asalnya mmg kosmetik tu dlm plastik tapi kak ana dah buang sb mcm x best je...kalau nak balut gak gunakan plastik wrap lebih tahan rasanya dan fleksible...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo, plastik wrap ye namanya..tq kak, nanti sy cari..ingat nak buat sendri hantaran belah sy..balut2, letak bunga, letak reben je..hihi

      Delete
    2. plastik wrapping makanan tu.. maya.. :)

      Delete
  7. cantik gubahan yang dibuat.
    salam perkenalan dari ciklaili.com

    ReplyDelete
  8. cantik. boleh gak tiru nanti.

    ReplyDelete
  9. Terima kasih cik laili balas kunjungan... Siti Ayu Faridah Ramli..tq suka gubahan simple kak ana..kalau berkenan buat lah ye...

    ReplyDelete
  10. Cantik akk..simple je dgn kuntuman bunga2 yg menghiasi :)

    ReplyDelete
  11. Selamat pengantin baru buat mereka....walaupun simple tp tetap cantik.....
    http://www.hainomokje.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. cantik juga ni...pandai buat gubahan

    ReplyDelete
  13. terima kasih adrianna..Okje...dan Zila (memmetlenggeng)

    ReplyDelete