Ammara Batrisya

Ammara Batrisya:

Drama baru mengisi slot Ratu TV9 menampilkan sebuah telemovie yang menarik untuk tontonan seisi keluarga.Dah agak lama tak menonton lakonan hebat primadona filem Malaysia Erra Fazira berganding dengan best friendnya bintang airmata Umie Aida tambah menarik dengan hero pujaan Adi Putra.

Bermula 10 Disember 2013 yang lalu, telemovie ini ditayangkan setiap Selasa dan Rabu jam 8.30 malam.Sinopsis yang ana dapat dari kebanyakan blog adalah tentang Ammara (Umie Aida) seorang gadis yang penuh konflik dalaman dan dipenuhi rasa dendam mendekati Batrisya (Erra Fazira), pengacara TV rancangan wanita yang cantik dan berjaya dalam kerjayanya.Namun lama kelamaan Ammara mula mengubah setiap perjalanan hidup Batrisya termasuk hubungan cinta dengan kekasihnya Rayyan lakonan Adi Putra serta memporak perandakan kehidupan Batrisya dan ibunya.Namun disebalik semua ini, ana rasakan Ammara mempunyai jalinan sejarah silam dengan Batrisya yang membuatkan dendamnya untuk memusnahkan perjalanan hidup Batrisya..rasanyalah..

Memang satu jalan cerita yang menarik agak berlainan dari trend drama masa kini yang banyak kisah tentang kahwin paksa dan kemudiannya jatuh cinta dengan pasangan.Pengarah muda berbakat Azma Aizal Yusuf berjaya menghidupkan setiap watak dalam drama Ammara Batrisya ini disamping memang tak dinafikan kehebatan lakonan Erra Fazira dan Umie Aida.Jom kita saksikan dan tunggu hingga ke episod akhir drama menarik ini bersama-sama.

Pelakon utama Ammara Batrisya

 

Erra Fazira (Batrisya)
Umie Aida (Ammara)
Adi Putra (Rayyan)

Episod akhir Ammara Batrisya

Semalam 28hb Mac 2014 berakhirnya drama siri slot Ratu TV9, Ammara Batrisya.'Ending' agak menarik dimana Rayyan akhirnya menemui Batrisya di rumah Ammara yang sedang disiksa.Nilam berjaya melepaskan diri dan mendapatkan bantuan pihak polis namun Nilam terbunuh ketika menyelamatkan Batrisya.Ammara akhirnya di tahan pihak polis dalam keadaan 'gila'.Memang benar tekaan ana bahawa Ammara berdendam dengan ibu Batrisya yang merampas ayahnya dan menyebabkan kematian ibunya.Sebuah drama yang sangat menarik lari dari 'trend' kawin paksa dan cinta semata-mata.Tahniah Erma Fatima, Azma Aizal Yusuf,Umie Aida yang sangat menjadi lakonannya disamping Erra Fazira dan Adi Putra.

 Foto: Google Image dan rujukan dari Budiey.com .

~berkongsi drama~




4 Comments

  1. macam suspen je cerita ni kan? jarang nampak umi berlakon jahat

    ReplyDelete
  2. pelakon semua otai2 tp tula kat rumah x sempat nk tgk tv.. huhuhu

    ReplyDelete
  3. tv9 jarang tgk. tp tgk mcm best. pelakon otai
    salam kenal juga. thanks singgah blog saya ye :-)

    ReplyDelete
  4. yer lah kak.. jln citer lain sikit kan.. nampam menarik.. nnt nak tgok,,

    ReplyDelete