Karipap Gergasi Kuala Selangor


karipap gergasi
Kadang-kadang ana memang suka balik kampung melalui jalan Kuala Selangor - Sabak Bernam ni, bukan apa sepanjang perjalanan macam-macam gerai orang berniaga.Sepanjang jalan dari Ijok ke Kuala Selangor, di kiri kanan jalan terdapat gerai menjual karipap gergasi.

Kami singgah untuk mencuba karipap gergasi ini di salah satu gerai.Harganya RM3.50 sekeping.Terdapat dua jenis iaitu karipap gergasi inti ayam dan daging.Saiznya memang besar lebih kurang saiz tapak tangan orang dewasa.Intinya memang sedap,terasa isi ayam dan dagingnya dengan ramuan rempah kari dan kentang.Kulitnyapun memang rangup.Pendek kata sedaplah dan kenyang kalau jenis yang kurang makan ni.

Kalau sekiranya melalui jalan ke Kuala Selangor ni,bolehlah mencuba karipap gergasi di sini.

Gerai karipap gergasi : kredit foto-kosmo.com.my

~berkongsi selera~

28 Comments

  1. besaqnya karipap. hehe. karipap gergasi putar xd ek? hehe. nina suka yg putar2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nina: tak de pula dah tak boleh nak putaq kut besaq sgt hehe..

      Delete
  2. tak pernah makan lagi karipap gergasi macam ni... walaupun saya peminat karipap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nora Karim: rasa mcm karipap gak cuma saiz besar..kenyanglah sekeping pun..

      Delete
  3. Tak pernah mkn karipap gergasi...kat area sini pyh jmp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mimi Azirah: cuba try test buat sendiri hehe..

      Delete
  4. Assalamualaikum kak. wahh besarnya. lama sheila tak makan karipap. hehe biasa nampak orang jual masa bulan puasa je. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Sheila:erm memang besar pun lama lagilah nak tunggu bulan puasa dik..

      Delete
    2. tahu takpe kak. rasanya nak kena cari ni. tekak dah terkecur air liur hihi >________<

      Delete
  5. salam, follow sini..thanks sudi berkunjung

    ReplyDelete
  6. selalu nampak, dekat dengan cendol bakar tu kan? boleh menyinggah suatu hari nanti ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup Zila: sebelum cendol bakar ada selepas pun ada..jalan yang sama je..nnt try kay..

      Delete
  7. Sedapnya Ana...terliur tengok...

    ReplyDelete
  8. sy mmg minta karipap.. mesti cari nih..

    ReplyDelete
  9. Wah bestnya karipap besar ni. makan satu mesti dah kenyang kan ana..mana nak cari karipap besar macam ni kat Melaka...

    ReplyDelete
  10. waa mcm sedap je mcm sedap je hehehhe.... ni mkn sebiji dah kenyang kot haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu makan karipap IKEA jer.. ingt dah besar dah rupe ade lagi besar.. boleh lah k,ana belanja lilynn.. hihihi

      Delete
  11. Tq Linda;Tuan Punya;Bunga Tulip dan Liza...

    ReplyDelete
  12. Besarnya karipap, memang laku kalau unik macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..kadang2 kita nak try rasa benda2 yang unik ni tapi memang sedap pada kak ana lah..

      Delete
  13. macam sedap jer karipap tu..kalau terjumpa tempat ni...nak juga rasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq siti hadijah:ok kalau kebetulan ke kuala selangor singgah beli dan rasa kay..

      Delete
  14. Oh.. Karipap ni.. Dgr je gergasi terus xnk beli.. Hehe

    ReplyDelete
  15. Replies
    1. Sedap Sha: masa kak ana makan tu memang terasalah dagingnya dan isi ayamnya..

      Delete
  16. puas makan... karipap gergasi
    kat cyberjaya ada karipap lori.. rm 2.50 dalamnya ade telor rebus sebelah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap pun Bonde, kak ana suka..aii ada gak karipap lori.. erm kena cuba gak lah satu hari nanti :)

      Delete