sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Khamis, 2 Januari 2014

Nur Qaireena Sofea - 2/1/2014


Nur Qaireena Sofea
Masih ingat lagi tentang bayi comel ini Nur Qaireena Sofea Azhar... ana pernah berkongsi kisah tentang Sofea yang memerlukan bantuan untuk menjalani pembedahan rawatan jantung berlubang....
http://anajingga.blogspot.com/2013/11/nur-qaireena-sofea.html

Alhamdulillah..Segala Puji Bagi Allah pembiayaan untuk pembedahan Sofea berjaya dikumpulkan melalui sumbangan rakyat Malaysia...melalui pelbagai cara seperti sumbangan ikhlas ke akaun ibu bapa Sofea,kutipan dari rakan-rakan dan saudara mara dan melalui satu kayuhan basikal amal yang di adakan di Putrajaya pada 22 November 2013 yang lalu..

Pagi tadi ana menerima panggilan dari Kak Emimy ,nenek Sofea yang memaklumkan bahawa tarikh pembedahan Sofea yang sepatutnya pada 20hb Disember 2013 yang lalu telah ditunda kepada 6hb Januari 2014 kerana Sofea terkena jangkitan selsema...bergantung kepada tahap kesihatan anak comel ini..

Marilah kita bersama-sama mendoakan semoga Sofea dapat menjalani pembedahan dengan selamat,sihat dan membesar seperti anak-anak yang lain...Dan ana doakan juga semoga Allah memberikan kekuatan semangat dan ketabahan buat ibu bapa Sofea, Intan dan Azhar serta keluarga...

Semua yang baik itu datangnya dari Allah dan terima kasih di atas sumbangan yang telah di hulurkan kepada Sofea..semoga Allah sahaja yang membalasnya dengan pahala yang berpanjangan...Amin Ya Allah..

~kasih sayang buat Nur Qaireena Sofea~




9 ulasan:

  1. semoga sofea selamat menjalani pembedahan... aminnn

    BalasPadam
  2. semoga segala nya berjln lancar dan sofea selamat..

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan Allah

    BalasPadam
  4. Hye dear... Salam perkenalan.. Terima kasih sudi singgah dekat blog sy yang tak seberapa tu..hik3

    Semoga dipermudahkan urusan adik sofea yang comel nih dunia dan akhirat..Aminn..

    BalasPadam
  5. moga adik sofea selamat menjalani pembedahan.

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah...semoga dia cepat sembuh dan ceria selalu ye

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah..semoga adik slmt mnjlni pmbedahan dn cpt smbuh :)

    BalasPadam
  8. Pemilik blog yang budiman, sudi kiranya maklumkan hasil pembedahan dan proses pemulihan adik comel ini. Saya menunggu dengan doa sentiasa...

    BalasPadam
  9. forgotalready: Alhamdulillah Sofea selamat menjalani pembedahan pada jam 11 pagi 6hb Januari yang lalu..buat masa ini perkembangannya amat memberansangkan dan syukur sangat anak kecil ini dapat menyesuaikan diri dengan proses pemulihan...Ana sempat melihat video whats up kiriman kakak angkat ana ,nenek sofea yang selepas seminggu hari ini sangat ceria dan bermain dengan ibu bapanya..Semoga proses penyembuhan Sofea akan berjalan lancar dan dipermudahkan Allah swt..terima kasih diatas doa-doa kalian semua..

    BalasPadam