sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Ahad, 26 Januari 2014

Ombak Dan Pantai


Pantai Teluk Batik,Perak
Bila berada di pantai menyaksikan ombak datang dan pergi tanpa henti selagi itu ketentuan Ilahi, pasti akan terus beralun.Ombak yang hadir bersama desiran angin melengkapi kitaran alam, saling memerlukan antara tiap ciptaanNya yang Maha Sempurna.

Melihat lautan nan saujana mata memandang,mengisi jutaan kehidupan yang ada di dalamnya,membuatkan diri merasa begitu kerdil disisiNya.Dia menjadikan setiap hidupan di muka bumi ini tiada lain selain dari menyembah keEsaanNya.Setianya ombak kembali ke pantai dengan alunan seolah-olah berzikir setiap saat memuji KebesaranNya.

Malu dan hina diri manusia ini,bila tidak seperti ombak yang hadir tak pernah culas menemani pantai.Sedangkan diri sering kali alpa dan lalai dek arus waktu yang bukan milik kita.

Sesekali ombak bertukar ganas,menghempas lautan dan membadai pantai atas kehendakNya supaya manusia sentiasa tahu Dia Maha BerKuasa.Tiada lain yang berhak disembah kecuali Allah swt Tuhan Sekelian alam.Bila direnung langit dan bumi digarisan lurus dan bercantum di hujung lautan,Maha Suci Allah yang tiada yang lebih sempurna ciptaanNya.

Leka di buai bayu laut, mendekatkan diri kembali kepadaNya betapa besar kurniaanNya yang tiada terhingga.Engkau yang menghidupkan dan Engkau yang akan mengambil semula apa yang ada.Tiada yang kekal melainkan Mu, Ya Allah..

Ombak dan pantai di Teluk Batik petang itu,benar-benar menyedarkan diri ini bahawa semua  hanya pinjaman.Sedetik ia datang dan ia pasti pergi juga.Disini ombak,laut,pantai,pasir dan angin membuktikan Dia Maha Sempurna percaturanNya.Subhanallah.Walhamdulillah.Allahu Akbar.Diri ini hamba yang kerdil memohon keredhaanMu Ilahi.

5 ulasan:

  1. Wah, puitis sgt..mndlm mksudnya..

    BalasPadam
  2. Bak ombak menghempas pantai...teringat lirik lagu Nora dulu2..

    BalasPadam
  3. like it ,, datang siggah sini . salam ukhwah

    BalasPadam
  4. terima kasih semua: sesekali bermain kata-kata menikmati keindahan ciptaanNya yang Maha Sempurna..

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah, bersma kita masih sempat merasa rezeki dan nikmat dunia yang dikurniakan Allah

    BalasPadam