Paratha Chicken Wrap

Cara-cara menyediakan paratha chicken wrap

Anak bongsu ana gemar makan paratha chicken wrap ini jika singgah di kiosk Hot & Roll.Beberapa hari yang lepas adik dan kak long mengikut ana ke pasaraya dan membeli bahan-bahan untuk mencuba sendiri membuat paratha chicken wrap ini.Agak mudah kerana ia seperti membuat salad segar tanpa perlu proses memasak yang lama.

Berikut ana kongsikan kaedah menyediakan paratha chicken wrap ini bagi mereka yang berminat mencuba.

Paratha wrap yang dibeli di pasaraya
Ambil sekeping paratha wrap yang dibeli dipasaraya dan panaskan di atas kuali leper.Ana beli di Aeon dengan harga RM 7 untuk 8 keping paratha wrap.


Chicken loaf
Anak ana gunakan sekeping chicken loaf dari jenama Ayam Dindings dipanaskan juga di atas kuali leper dan di tabur sedikit serbuk lada sulah.



Salad segar,tomato dan bawang besar

Paratha wrap disapukan sedikit butter diatasnya di letakkan sekeping chicken loaf dan ditambah dengan sayuran segar seperti salad,tomato yang dihiris serta bawang besar.


 

Sapukan sedikit mayonis dan taburkan perasa BBQ untuk menambah perisanya.Kemudian boleh digulung atau di lipat segi tiga.Selamat mencuba.

~Berkongsi resepi~


18 Comments

  1. wahhh..boleh try ni..nampak sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. try je zila: semua nak kena heating je pastu susun lipat.. :)

      Delete
  2. wow sedaonya sis..
    tapi msalahnya nak wat prata tu x tau..sllau beli ready made je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sobri ni yg ready made paratha beli kat supermarket ada...

      Delete
  3. tak pandai nak buat..pandai makan je..hehe

    ReplyDelete
  4. akak.. rajinnyer.. nampak healthy sangat!! ..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kak, sodapnya! nak buat gak. thanks sharing resepi :)

    ReplyDelete
  6. Nick Nashram: makan je..tak yah susah2 kan..hehe.. Lilynn:anak kak ana yang buat dear... Sheila Salim: try kay nanti update entri kat blog..kita kongsi2 resepi mudah2..

    ReplyDelete
  7. Akk..sedap..akk buat bg sya satu eh..hehe

    ReplyDelete
  8. asalamualaikum kak ana...Bee klu dinner mkn mcmni jew tp xletak ayam atau daging.
    just paratha atau roti cnai segera hangatkan dlm microwave jap pastu sapu unsalted butter letak syur cincang (kobis,senkuang,timun,lobak merah,bawang merah) yg da siap gaul mayonis & cili sos...peh licin...
    tp klu gi jungle tracking br la letak ayam atau daging utk buat bekal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kreatif bee kan :) ikut selera masing-masing kan Bee :)

      Delete
  9. Tak pernah mkn ni kak.. Nanti boleh cuba..

    ReplyDelete
  10. I always check this type of advisory post and I found your article which is related to my interest. This is a great way to increase knowledge for us. Thanks for sharing an article like this.Buy Frozen Beef Arm Chuck Online

    ReplyDelete