sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Jumaat, 24 Januari 2014

Rumah-rumah salji di Malaysia

Sekarang ni sana sini orang bercerita tentang perubahan cuaca yang semakin sejuk dan dingin.Ini dipengaruhi tersebarnya video youtube kononnya salji turun di Indonesia.Waallahualam.Berpegang pada kepercayaan Allah amat berkuasa untuk menjadikan sesuatu 'Kun Faya Kun' tidak mustahil perkara tersebut boleh berlaku.Tetapi jika di lihat dan diamati cebisan video tersebut macam tak releven sahaja persekitarannya.Tak tahulah apa motif sebenar penyebarannya.

Ana bukan nak komen tentang video tersebut,namun ambil kesempatan disini untuk kongsikan 3 rumah salji yang terdapat di Malaysia ini yang boleh kita kunjungi bersama keluarga.

Rumah salji di rumah 4 musim Taman Botani,Shah Alam

Rumah 4 musim Taman Botani,Shah Alam
Taman Pertanian Bukit Cerakah atau kini dikenali Taman Botani di Shah Alam ini ada Rumah Empat Musimnya.Jika kita datang pada musim sejuk ,ia akan dihias dengan rumah salji.Ia mengikut peredaran empat musim di dunia.Kebetulan semasa ana ke sana dahulu,ianya musim salji.Berkesempatanlah kami menikmati suasana musim salji disini.

Harga tiketnya pada masa itu hanya RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak.Sebelum ke sini,kita perlu membeli tiket untuk masuk ke Taman Botani ini terlebih dahulu.Ana pernah buat entri tentangnya di SINI

Snow World,Genting Highland

kredit foto:resortsworldgenting.blogspot
Terletak di Taman Tema Resort World,Genting Highland sebuah taman salji yang sedia ada tanpa mengikut peredaran musim.Harga tiket untuk masuk ke sini ialah RM25 dan untuk kanak-kanak RM23.Namun di dalam snow world ini kita tidak dibenarkan mengambil gambar.Terdapat jurufoto disini dan kita akan membeli semula gambar kita dari mereka.

kredit foto:resortsworldgenting.blogspot

Snowalk I-city,Shah Alam

kredit foto:irmadilondon.blogspot.com

Terletak di Taman Tema I-city,Shah Alam sebuah lagi rumah salji yang boleh dikunjungi pada bila-bila masa tanpa mengikut musim.Disini kita boleh bermain salji didalamnya.Harga tiket untuk dewasa ialah RM25 dan kanak-kanak RM20.Disini kita dikehendaki menyewa boots dengan deposit RM20.Ana pernah ke sini tetapi tidak masuk kedalam rumah salji.Bolehlah ke laman blog rakan-rakan yang pernah ke sini untuk maklumat yang lebih lanjut.

kredit foto: atiaadina.blogspot.com

Oleh itu tak perlulah kita tunggu salji turun untuk merasai pengalaman bermain salji kerana disediakan rumah-rumah salji yang boleh dikunjungi.Namun jika takdirNya salji turun di mana-mana sahaja di bumiNya ini tiada apa yang dapat menghalang.Bagi yang berkesempatan ke luar negara beriklim sejuk sudah pasti punyai pengalaman manis bermain salji.Sekadar berkongsi kisah disini.

6 ulasan:

  1. Haha..suka entry ni! Alang2 org dh sibuk kecoh pasal salji ni leh gak listkan tmpt2 sejuk yg ada kt malaysia kan..

    BalasPadam
  2. sekarang kan pakat2 kecoh pasal salji..entry yg terbaik.. he..he. antara smua list kat genting je pnah masuk..

    BalasPadam
  3. salji....skrgkan tgh kecoh salji turun kekek, lepas nie kalau nk rasa boleh lah g sini jek tak yah nk g jauh2...

    BalasPadam
  4. snow world tu terbaik. tapi tak boleh duduk lama..tak tahan sejuk..rugi je masuk..

    BalasPadam
  5. terima kasih semua; niesa,sobri yaacob,dayah dan coffee lover...

    BalasPadam
  6. Akak pernah masuk yang dekat Taman Botani tu je, anak-anak suka bukan kepalang lagi...

    BalasPadam