Space u8 - Shah Alam
Space u8 mall |
Space U8,Bukit Jelutong,Shah Alam
Kebetulan berada di kawasan perumahan Bukit Jelutong,Shah Alam baru-baru ni,ana singgahlah ke kompleks Space U8 yang tersergam luas ni.Memang tak pernah masukpun,selalu dengar masa konsert Versus di TV9 tu saja buat kat sini.Terletak di Persiaran Pasak Bumi,Taman Perindustrian Saujana Indah atau senangnya bersebelahan TUDM tu kalau datang ikut Lebuhraya Guthrie.Kompleksnya memang besar dan luas,ruang parkirpun banyak dan percuma masa kami di sana namun amat menghampakan kerana kompleks ini kosong maksud ana tak banyak shoplot yang disewa di sini.Sekitar 30% sahaja yang beroperasi.
ruang legar Space u8 |
Terdapat banyak kiosk diruang legar Space U8 ini yang menyelamatkan situasi kami ke sini.Jualan baju-baju dan tudung dengan harga yang murah berbanding dengan kiosk-kiosk di kompleks lain.Namun ada sesuatu yang amat menarik perhatian yang ana nak kongsikan iaitu:
Surau An Nur-Space U8
Surau An Nur Space U8 |
Surau ni memang surau yang paling cantik ana pernah singgah di mana-mana shoping mall,kadang-kadang mall yang megah tersergam tetapi suraunya amat mendukacitakan,seolah-olah tangkap muat sahaja.Surau ini terletak bersebelahan Food Court sangat luas,cantik dan bersih.Lihat sahaja ruang legarnya yang luas.
Surau An Nur Space U8 |
Dari tempat wuduk yang cantik dan bersih sehinggalah ruang solat yang luas,dingin,bersih dengan hamparan permaidani berwarna pink dan paling menarik hati ana desiran air pancut disekeliling surau yang mendamaikan.Sangat lain dari kebanyakan surau yang pernah ana singgah solat di kompleks membeli belah yang lain.
Kemungkinan faktor kedudukan kompleks ini yang kurang strategik yang menyebabkan ianya tidak begitu menyerlah dan dikunjungi ramai.Semoga suatu hari nanti Space U8 akan maju dan menjadi tarikan orang ramai untuk membeli belah ke sini.
~berkongsi perjalanan~
14 Comments
Tmpt solat yg best paling bagus kan kak. Ada tu. Mall besar sgt. Tmpt solat kecik. Dahla kecik. Hapak. Berpeluh2 dalam tu
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
Deletebetul tu Nina:kdg2 depa letak surau kat parkingpun ada..
DeleteAssalamualaikum kak, sheila dah add instagram akak. hehe. tak pernah sampai sini. macam cantik je mall dia daripada luar. hehehe
ReplyDeletedari luar mmg cantik dan besar tapi sayang tak byk kedai yg beroperasi..tq kak ana dah follow balik IG sheila..requested.
Deleteakak jarang datang ke Shah Alam...
ReplyDeleteana pun kadang2 je ke mari kalau ada urusan zila..
Deletedah lama bunda tak pergi shah alam...
ReplyDeletemasa anak kat UITM dulu selalulah pergi...
terima kasih BUNDA :)
ReplyDeletetak pergi pergi lagi space u8 tu kak.. huhu..
ReplyDeletemn lg best kak space u8 ke setia city mall?
ReplyDeleteLilynn: setia city mall much better ,space U8 tak ada apa2 banyak shoplot yg kosong..
DeleteTak pernah sampai lagi
ReplyDeleteok nnt try terjah setia city mall pulak..
ReplyDelete