adik dan anak-anak di Bukit Fraser,Pahang

Sempena cuti Hari Wilayah 1hb Februari yang lalu ana bersama abang sepupu dan adik bercuti ke Bukit Fraser,Pahang.'One day trip' sahaja memandangkan jarak perjalanan tidak berapa jauh dan setelah mengGoogle rasanya tidak banyak tempat yang ada di puncak bukit untuk dilawati.

Jalan Kuala Kubu Bahru ke Bukit Fraser

Laluan dari Kuala Kubu Bahru ke Bukit Fraser
Memandangkan kami dari Rawang,Selangor perjalanan yang paling hampir ke Bukit Fraser adalah melalui Kuala Kubu Bahru . Kami mengambil masa 30 minit untuk tiba ke bandar Kuala Kubu Bahru dan memulakan pendakian ke puncak Bukit Fraser dalam 38km.Selepas empangan Kuala Kubu perjalanan semakin mencabar dengan melalui selekoh-selekoh tajam sambil mendaki.Kepakaran pengendalian kenderaan amat perlu dan pastikan juga kenderaan berada dalam keadaan yang baik.Keadaan jalan semakin lama semakin sempit dan selekoh makin tajam dan kerap.Anak-anak di tempat duduk belakang yang pada mulanya riang bercerita semakin senyap.Mungkin terasa agak pening dengan keadaan jalan yang bengkang bengkok.

Alhamdulillah kami selamat sampai ke GAP dimana pada masa kini kenderaan tidak perlu lagi menunggu giliran untuk ke puncak Bukit Fraser seperti dahulu kerana terdapat dua hala turun dan naik.

Bukit Fraser,Pahang

Bila berada di puncak suhu amat dingin dan hembusan bayu yang menyamankan.Selepas mendapat tempat letak kereta,kami memulakan sessi fotografi di pusat bandar Bukit Fraser dan mercu tandanya ialah menara jam Bukit Fraser.

Menara Jam Bukit Fraser
Disekitar bandar kecil ini terdapat hotel dan banglo-banglo untuk penginapan.Terdapat juga sebuah dataran dihiasi bunga-bunga segar,kedai cenderahati,restoran,sebuah balai polis,masjid,klinik dan lain-lain kemudahan awam.Konsep senibina bangunan disini bercirikan ala-ala Inggeris dan sangat unik dan cantik.

Balai polis Bukit Fraser

Masjid Bukit Fraser

Dataran Bukit Fraser

Ana memang membawa bekalan makanan dari rumah kerana bimbang akan berlaku kesesakan di gerai-gerai makan di puncak memandangkan cuti umum.Kami mendaki lagi ke untuk mencari wakaf-wakaf yang kosong untuk makan tengahari dan akhirnya dapat sebuah wakaf berhampiran Shahzan Hotel dihadapan taman bunga yang cantik.Apa lagi anak-anak yang dah kelaparan menjamu selera dengan bekalan 'spaghetti bolognese' serta nasi putih,ayam masak kicap dan sambal telur.

Berpiknik di wakaf awam Bukit Fraser
Selesai menunaikan solat di Masjid Bukit Fraser kami meneruskan lagi percutian dengan melawat The Paddock Bukit Fraser dan Ye Olde Smokehouse,Bukit Faser.

The Paddock-Bukit Fraser

Paddock-Bukit Fraser

Disini kita boleh menunggang kuda dengan kadar bayaran RM8 untuk satu pusingan.Disamping itu ada juga aktiviti memanah boleh dilakukan bagi mereka yang berminat.

Waktu operasi The Paddock,Bukit Fraser

Kadar bayaran di The Paddock,Bukit Faser

Adik Ika dan sepupunya Akmal ketika menunggang kuda di The Paddock,Bukit Fraser
Selain menunggang kuda,disini kita juga boleh mencuba aktiviti memanah dan sumpitan.

Bayaran aktiviti memanah @ archery di The Paddock,Bukit Fraser

Archery di The Paddock,Bukit Fraser

Ye Olde Smokehouse,Bukit Fraser

Ye Olde Smokehouse,Bukit Fraser
Destinasi seterusnya kami ke Ye Olde Smokehouse untuk bergambar di hotel mewah dengan seni hiasan taman dan dalaman bertema Inggeris yang sangat cantik.

Sessi bergambar di Ye Olde Smokehouse,Bukit Fraser

Sebenarnya ada lagi destinasi lain yang menarik disini seperti berkayak di tasik dan terdapat sebuah air terjun,namun kerana perjalanan kami cuma seharian disini kami pendekkan sahaja sehingga setakad ini.
In Shaa Allah di lain kesempatan kami akan sampai lagi ke sini dengan IzinNya kelak.Semoga coretan percutian ana dan keluarga disini dapat memberi serba sedikit manfaat kepada mereka yang belum pernah dan berhasrat untuk melancung ke Bukit Fraser.

Mengkagumi keindahan alam ciptaanNya di puncak Bukit Fraser

Sesekali ana munculkan diri di laman anajingga

~berkongsi coretan perjalanan~

10 Comments

  1. Assalamualaikum kak ana, bestnya pergi Bukit Fraser. tak pernah pergi lah kak. hehehe in shaa Allah.. sekiranya ada rezeki lebih teringin nak berjalan sini. hihi ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam sheila, nanti bila lepas bersalin dan baby besar sikit bolehlah makan angin ke sini..In shaa Allah..

      Delete
  2. Chêguzαm tak pernah pergi. Tapi bila tengok gambar mcm rasanya dah sampai ke sana

    ReplyDelete
  3. Tak pernah lagi bawak anak2 berjalan ke bukit fraser. insyaAllah one beautiful day :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. in sya Allah suatu hari nanti mungkin ibuhebat akan sampai ke sini bersama anak2.. :)

      Delete
  4. Hai ana, tq for info dan nice blog ...

    ReplyDelete
  5. Boleh ke masuk ke Ye Olde Smokehouse tu...tak kena halau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je MKL masa pi tu okay je pekerja dia cuma tak ramai lah, tapi kalau kat CH memang depa tak bagi masukkan :)

      Delete