Central Market Kuala Lumpur

Central Market @ Pasar Seni,Kuala Lumpur

Lama sungguh ana tak bertandang ke Central Market atau Pasar Seni ni.Faktor utama yang malas nak ke sini ialah masalah kesesakan lalu lintas serta tempat letak kereta.Minggu lepas bersama adik dan famili kami sampai juga kesini membawa anak-anak melihat seni kraftangan yang dipamerkan . Kami parkir kereta di Jalan Petaling dan berjalan kaki  mengharungi lautan manusia warga asing dari pelbagai negara.Naik seram je berada di kawasan ini walaupun ini tanahair kita sendiri.Alhamdulillah perjalanan kami di lindungiNya tanpa apa-apa musibah.

Sejarah Central Market @ Pasar Seni

Asalnya pada tahun 1888 Central Market ini ialah sebuah pasar basah yang menjual ikan,sayuran dan daging.Melalui perubahan pesat penduduk bandaraya Kuala Lumpur pada tahun 1930-an ianya dipermodenkan sehinggalah pada era 1970-an ia dinaik taraf sebagai Pasar Seni atau Pasar Budaya yang mempamerkan dan menjual hasil-hasil kraf tangan dan seni kebudayaan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

Central Market @ Pasar Seni

Pada masa kini terdapat ratusan kiosk dan galeri jualan di dalam Central Market yang terdiri daripada pelbagai etnik kaum di Malaysia.Disinilah pusat penerangan dan jualan hasil kraf yang boleh dibeli dibawah satu bumbung tak kira samada dari Semenanjung Malaysia seperti kraf tangan Melayu,India dan Cina juga dari Sabah dan Sarawak.Disamping itu ada juga restoran-restoran di tingkat atas menyajikan pelbagai menu makanan tradisional dan moden.

Central Market,Kuala Lumpur

Pasar Seni,Kuala Lumpur


Antara kraf tangan yang di jual di Central Market ,Kuala Lumpur
Bagi pelancong dari dalam dan luar negara,disinilah pusat kraftangan dan budaya yang boleh dikunjungi untuk melihat keunikan dan kepelbagaian seni dan budaya etnik-etnik yang ada di Malaysia.Begitu juga peminat seni kraf yang boleh mendapatkan pelbagai koleksi seni hiasan disini.

Annexe Gallery

Disebelah belakang Central Market atau Pasar Seni ini terdapat Annexe Galeri iaitu sebuah galeri pameran dan jualan serta tempahan lukisan-lukisan oleh pelukis-pelukis yang sangat berbakat.Disini mereka melukis dengan pelbagai teknik lukisan yang sangat cantik dan boleh juga  menerima tempahan khasnya potret dan sebagainya.

Disini juga terdapat Muzium Seni Etnik atau Museum of Ethnis Arts yang mempamerkan hasil seni lukis dari Asia Tenggara,China dan Indonesia.

Annexe Galery,Central Market,Kuala Lumpur

 

Aidijuma di Central Market

aidijuma di Central Market,Kuala Lumpur
Dah alang-alang sampai ke sini,kami sempat singgah di galeri jualan tudung Aidijuma di tingkat atas Central Market dan membeli beberapa helai tudung Aidijuma dari harga serendah RM10 sehelai.

Lokasi Central Market

Central Market terletak di Jalan Hang Kasturi.Kita boleh ke sini dengan kenderaan sendiri ataupun menggunakan perkhidmatan LRT dan turun di stesen Pasar Seni (Putra LRT) atau di stesen Masjid Jamek.Waktu operasinya pula dari 10am-10pm.

~berkongsi info~

16 Comments

  1. Xpernah lg sampai kt Central Market..best x k.ana?mcm menarik je.....lame dh x jejak kl ni..bleh jdkn slh 1 tempt nk dituju nehh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat dalam memang best Sharlimar..macam2 ada hasil seni dan kraf serta jualan,mana tahu ada rezeki nnt boleh singgah CM kay..

      Delete
  2. Assalamualaikum, dah bertahun tak masuk CM ni.. wahh murahnya tudung aidijuma tu (",)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang betul Sheila:amboi fokus kat aidijuma je ye..kebetulan masa tu ada sales sb tu dapat harga sebegitu katanya..

      Delete
  3. Dulu masa student slalu pegi CM ni.. Sebab ada satu kedai buku 2nd hand yang saya suka...

    Dah lama tak jengok CM ni... Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm rasanya kak ana ingat kedai tu sebab dulupun lepas SPM kak ana kerja di Sinar Kota tu Metrojaya tu yang selalu gi CM...

      Delete
  4. salam kak ana syg. best pula tempat ni. dulu maa dok kl tak pernah la pulak nak p sni..lalu2 je atas lrt haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok liza tak pe next visit ajak abg datang sini lak kay..bawa Akim..

      Delete
  5. Dah lama akak tak ke sini, zaman student dulu je, pastu ada gak datang, tapi tak kerap...rindu CM yang dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah Zila: dulu2 memang sinilah tempat lepak rajin tempah keychain yang tulis nama tu sambil tengok pelukis melukis potret..

      Delete
  6. wow..ni tempat nostalgia menusuk qalbu ni ..hahaha.. Pot tukar bas kalau nak gerak ke KL.. dulu mana ada LRT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betulkan Fuza: kak ana dulupun ambil bas kat sini dari keramat ke bangkok bank,bas mini 20..

      Delete
  7. Replies
    1. samalah, masalah nak ke Pasar Seni ni ialah parking dan terlalu padat dengan orang bila hujung minggu, hendak2 lagi warga asing ..:)

      Delete