Empangan Sungai Selangor-Kuala Kubu Bahru

by - Tuesday, February 18, 2014

Empangan Sungai Selangor

Empangan Sungai Selangor-Kuala Kubu Bahru

Dalam perjalanan menuju ke Bukit Fraser melalui jalan Kuala Kubu Bahru,pasti kita akan terpandang suatu pemandangan yang sangat luas saujana mata memandang.Disebelah kanan jalan terdampar indah pemandangan Empangan Sungai Selangor di Kuala Kubu Bahru.

Empangan yang luas membiru dan dikelilingi kehijauan hutan dan berlatar belakangkan deretan gunung ganang Banjaran Titiwangsa.Sangat indah dan damai sekali berada di pagi hari di sini seketika sambil dihebus angin segar.

Empangan Sungai Selangor,Kuala Kubu Bahru

Namun ana pasti fenomena cuaca panas dan kering yang kita alami pada masa ini, sedikit sebanyak boleh memberi kesan kepada empangan Sungai Selangor. Besar kemungkinan paras air akan semakin susut dan boleh menjejaskan bekalan air khasnya sekitar Hulu Selangor termasuklah kawasan kediaman ana agaknya.
Oleh itu sama-samalah kita berjimat menggunakan bekalan air supaya dapat mengurangkan pembaziran.

Namun tidak di nafikan akibat cuaca yang panas terik ini, kita akan lebih banyak memerlukan bekalan air untuk menyiram tanaman,mandi,wuduk dan sebagainya.Sebagai hambaNya, kita memohon supaya cuaca panas ini akan beransur pulih dan hujan akan turun membasahi bumiNya yang kian gersang ini.Amin.


You May Also Like

14 comments

  1. Assalamualaikum kak ana, sheila pernah g mandi air terjun kat Kuala Kubu Baru ni. hehee best tapi air cetak sangat. Cam tak puas. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa kak ana otw ke fraser tu ada gak nampak org mandi kat air terjun tu tapi tak singgah..mungkin satu hari nanti kut

      Delete
  2. insyallah..moga dikabulkan doa itu. memang panas dan malamnya..bahangnya..sampai tak rasa suhu aircond

    ReplyDelete
  3. Cuaca memang sangat panas akhir2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan fuza..memang serata tanahair panas kering cuacanya

      Delete
  4. salam. jimatkan air pd masa catuan air ni. di kelate pun panas n kering melampau je...

    ReplyDelete
  5. gambar tu sgt mendamaikan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang Linda: kak ana suka lihat keindahan alam semujadi disekitarnya..

      Delete
  6. wahh cantiknya..
    kat tg malim pun panas. ada hujan pun kejap je..
    tapi syukur la kan.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anne: kak ana ahad lepas baru singgah Tg Malim makan nasi lemak haji din kat UPSI tu..

      Delete
  7. Replies
    1. memang saujana mata memandang Sha..

      Delete