Kabus


Kabus

Definasi kabus

Menurut rujukan wikipedia, kabus bererti wap air yang berada dekat permukaan tanah terkondensasi dan menjadi seperti awan.Hal ini biasanya terbentuk kerana hawa dingin membuat wap air terkondensasi dan kadar kelembapan mendekati 100%.Kabus yang tebal dipanggil kabut.Dari segi darjah penglihatan,fenomena ini dipanggil kabut sekiranya darjah penglihatan kurang dari 1 km.

Kabus pagi itu

kabus di Bukit Tinggi,Pahang

Pagi itu kami menyusuri lebuhraya Karak menuju Bentong.Disepanjang perjalanan mata terpukau melihat alam diliputi kabus tebal.Sehening mata memandang datang rasa keinsafan dalam diri hambaMu yang kerdil ini melihat dan mengkagumi KebesaranMu Ilahi.

Pernah terbaca tafsiran Al Quran tentang salah satu dari Kekuasaan dan KebesaranMu Ya Allah adalah terjadinya pertukaran malam dan siang.Diantaranya pelbagai fenomena alam yang tercipta mengikut putaran perjalanan masa.Perubahan suhu dan musim maka terjadilah sejuta kejadian yang amat sempurna ciptaanNya.Disiang hari kadang kala ada matahari,turunnya hujan,hadirnya embun,terbitnya kabus dan pelbagai lagi melengkapi kitaran usia dunia ini.

Begitu juga di kala malam,suhu yang dingin,peredaran bulan,kehadiran bulan dan bintang segalanya amat indah dan Maha Sempurna menghias alam ciptaanNya.Tiada satupun yang DijadikanNya melainkan untuk menyembah KeesaanNya.Mendekatkan diri dengan alam semulajadi dengan pandangan matahati dapat menghampirkan jiwa dengan KeesaanMu yang Maha Sempurna.

kabus di lebuhraya Karak


3 Comments

  1. Dulu saya belajar di mrsm taiping, betul2 di kaki bukit larut...suka sgt tgk kabus pagi2..mmg menyamankan. Sekrg ni duduk di shah alam, yg ada kdg2 tu hanya jerebu hehe..

    ReplyDelete
  2. wah. nampak nyaman sangat. sekarang ni kt kl. kadang2 tengahari pun ada 'kabus'.. hehe

    ReplyDelete
  3. suka juga dengan kabus, kalau di banjaran crocker, ada kala kabusnya melitup sampai tak nampak jalan...segar gitu, tp takut jugak

    ReplyDelete