Sehari sebelum ke Bukit Fraser, ana dan suami telah membantu jiran serta kawan baik, Kak Ani dan Abang Lan membuat persiapan majlis pertunangan anak sulung mereka Fieza.Tak banyakpun yang kami bantu kerana segala persiapan telah dilakukan sendiri oleh kedua ibu bapa Fieza dengan penuh kasih sayang.Dari persiapan hantaran,goodies,pelamin dan kamar tidur adalah dari sentuhan Kak Ani dan Abang Lan sendiri.

Pelamin pertunangan

Pelamin pertunangan Fieza & Hafiz
Pelamin nan indah ini adalah sentuhan dan ilham ibu Fieza, Kak Ani.Dijahitnya sendiri helaian kain satin dan dihias indah dengan bunga-bungaan seiring kasih sayangnya terhadap puteri sulungnya ini.Sangat ringkas dan cantik malah menjimatkan kos dari menyewa di butik pengantin.

Kamar pengantin sulaman tekad

Cadar pengantin sulaman tekad benang emas
Sesuatu yang amat menarik perhatian ana adalah hiasan kamar majlis pertunangan Fieza ini,iaitu cadar sulaman tekad benang emas Negeri Perak.Cadar ini menurut Kak Ani adalah cadar perkahwinannya lebih dua puluh tahun lepas.Masih terjaga dan tersimpan elok serta masih boleh digunakan semula untuk majlis pertunangan anaknya pula.Menurut 'embah' nenek Fieza,pada masa dahulu mereka menempah set bilik tidur ini dengan harga seribu ringgit.

Kipas tangan sulaman tekad
Set cadar pengantin sulaman tekad ini juga datang dengan sepasang kipas tangan yang masih cantik terjaga.Agak jarang kita dapat melihat warisan tradisi seni sulaman tekad benang emas ini di majlis-majlis perkahwinan atau pertunangan.Ianya sesuatu yang amat cantik dan sangat berharga untuk dikenali oleh generasi muda masa kini.

Hantaran pertunangan bertema biru

Hantaran pertunangan dari Fieza untuk Hafiz

Seperti yang ana nyatakan sebelum ini,selain dari pelamin ibu bapa Fieza juga mengilhamkan hantaran-hantaran indah buat anak kesayangan merekai.Di atas dulang tembaga berkaki yang juga sangat tradisional, mereka menggubah 11 hantaran berupa barangan dan makanan untuk pihak lelaki.Ia di alas dengan alas pahar atau dulang berwarna biru dihias labuci perak yang ditempah.

Kain baju Melayu dan samping songket

Tepak sireh dan manisan

Bekas bunga rampai dan tuala

Kek pertunangan Fieza & Hafiz

Sayangnya semasa majlis pertunangan diadakan pada 1hb Febuari 2014 yang lalu,ana tidak dapat menghadirkan diri kerana berada di Bukit Fraser bersama adik dan sepupu.Walaubagaimanapun sekalung Tahniah buat Kak Ani dan Abang Lan serta Selamat Bertunang buat Fieza dan Hafiz.Semoga kasih sayang keluarga bahagia ini akan kekal hingga syurga.


~Berkongsi kasih sayang disini~

12 Comments

  1. Tahniah pada pasangan itu, teringat pada masa dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Karya Mahirah..pasti terkenang saat2 maniskan..

      Delete
  2. katil tu, cadarnya menarik... macam mama punya masa kawin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah mama punya pun cadar benang tekad ye...mesti cantik..

      Delete
  3. Assalamualaikum kak ana, ekk cadar tu oldskool.. lama tak nampak orang pakai sekarang.. hehee. semoga dipermudahkan urusan mereka membina masjid... in shaa Allah ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam dik sheila: itu yang kak ana cuba paparkan disini..cantik dan unik..

      Delete
  4. waaa ada bakat juga ya kak ana ni hehe... dlu teringat masa btunang org igt sy nikah, hahha sy ckp tunang je. apa taknya membazir baru tunang mcm buat majlis nikah.. fuhhh bazir sunggoh... nasib baik kawen.. klu tak hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai adinda liza: tak pe bukan membazir tu excited namanya..apapun Alhamdulillah dari majlis itulah hingga kini Liza bahagia dengan suami dan dikurniakan Akim yang comel..

      Delete
  5. cantiknya hantaran..gubahan...

    p/s: sis saya dah ikut step sis bg ..x leh jugak la.. tq for helping :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq sobri..sorry setakad tu aje kak ana boleh tolong..harap2 dapat diselesaikan jua..keep blogging kay..

      Delete