tetamu-tetamu setiap hari
Sejak ketiadaan Jingga di rumah ana ni,memang terasa sangat kehilangannya.Mujur juga ada Tamcik adik angkat Jingga yang memang dah biasa datang dan bermain dengan ana dan anak-anak.Namun yang tak disangka ialah kehadiran tetamu-tetamu lain yang hampir setiap hari muncul di belakang rumah.Macam-macam warna datang berkunjung di luar pagar belakang rumah ana.

Selalunya mereka muncul sebelah pagi,mengiaw-ngiaw minta makan dan lepas itu masing-masing pergi haluan masing-masing.Ibarat pelanggan tetaplah datang sarapan kat sini.Kalau dulu ana hanya belikan makanan kering untuk Jingga dan Tamcik,kali ini kena tambah sikit untuk pelanggan-pelanggan tetap ini pula.Ana bukan beli yang mahal-mahal dan berjenama macam Jingga makan tu cuma yang biasa-biasa dijual di kedai-kedai runcit.Sepeket setengah kilo dalam RM4 sahaja.Boleh tahan seminggu untuk tetamu-tetamu ana ni.

Lepas makan mereka tidak menetap disini macam Tamcik tu,esok atau dua hari kemudian baru datang balik dan yang paling eloknya tiada pula mereka mengotorkan kawasan belakang rumah ana atau jiran-jiran.Tak tahulah mana tempat tinggal mereka ni.Apa-apapun sekiranya ada rezeki mereka makan disini,ana akan beri tetapi jika sebaliknya,hanya kepadaNya jua ana serahkan.Ana tidak mahu memelihara  ramai kucing-kucing dirumah kerana menghormati jiran tetangga dan bimbang akan mengganggu mereka dengan bau-bauan dan kotoran yang tidak elok.Cuma kalau tetamu-tetamu ni datang,ana beri makan dan sediakan minuman dalam bekas di luar rumah.Dikala cuaca panas terik ni,kesian pula dengan makhluk-makhluk Allah swt yang lain kehausan.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah swt dan yang tidak elok itu dari kesilapan dan kekerdilan kita sebagai hambaNya.

~berkongsi kisah disini~

13 Comments

  1. Cutenya.. banyak sgt.. laratke nak bela

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. erm macam mana tu Aya..??/kompius kak ana jap..:)

      Delete
  3. semoga murah rezeki..ina bukan tak suka tapi boring dengan kucing jiran yang suka membuang najis merata2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin...itulah memang yang tu payah sikit bila bela kucing ni eyna,kita kena hormati jiran-jiran..

      Delete
  4. rumah sewa sya takde kucing.
    tapi kucing jiran selalu datang.
    bagi jugak la sikit2 makanan tu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok dah tu nick..kalau nak bela kucing ni memang payah sikit,bila depa datang kalau ada rezeki adalah kan..

      Delete
  5. Bagus nya k.ana nii...
    Sha ni pon dh rindu sangat nak ada kucing...kucing sha nama Omey mati di saat2 sha tggu masa tuk bersalin...sha bawk dia dr perak balik terengganu...sebb masa tu Omey dh xsihat...smpai skrg xpelihara kucing...rindu telatah Omey ...Kucing ni pembawa rezeki kan kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam kak ana lah Sha,masih teringat-ingat kat Jingga dah rasa anak sendiri dah sejak kehilangannya..

      Delete
    2. Yelaa....selain anak...kucing jgk penyejuk mata,hati nak2 masa dia smbut kita balik kerja...disaat sedih...menangis...dia seakan memahami...setia menemani..

      Delete
  6. Replies
    1. macam tulah Zara,sehari dua ni dah tak dtg pulak tak tahu apa sebabnya..hehe

      Delete