Snack kulit popia bernestum

Mesti ramai yang suka dengan kudapan ni ketika menonton tv atau lepak-lepak petang,khasnya anak-anak kita.Kali ini ana kongsikan cara paling mudah nak buat snack dari kulit popia yang bersadur nestum dan gula.

1 kampit kulit popia @ spring roll pastri
-dileraikan satu persatu helaiannya
-dipotong jalur panjang dan kemudian potong lagi menjadi segiempat tepat
-panaskan minyak
-goreng dalam beberapa saat sahaja sehingga keperangan
-tos dan letak di atas tisu untuk menyerap lebihan minyak

untuk bahan sadurnya
- beberapa sudu nestum
-beberapa sudu milo
-beberapa sudu gula
kesemua bahan di atas mengikut kuantiti yang anda kehendaki , dikisar bersama dalam blender kering hingga halus

Kulit popia yang telah siap digoreng bolehlah di sadurkan dengan campuran bahan saduran tadi dan siap untuk kudapan.Isi didalam bekas kedap udara jika ingin menyimpan lebih lama.

~Berkongsi resepi disini~

22 Comments

  1. Sedap ni....sambil tgk tv leh gak mngunyah...hehe
    Tq sharing ^_^

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak ana, wahh first time dengan kulit popia dibuat snack. hehee nak try buat juga ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Sheila : nnt try buat kay senang je..

      Delete
  3. Selalunya kuih ni dibuat kueh raya... em chegu selalunya beli je

    ReplyDelete
  4. Hai :) blogwalking jap. hehe, btw kreatif betul resepi ni ! ;)

    ReplyDelete
  5. sangat sedap dimakan ni sambil tgk tv(kena plak nonton bola kat TV)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tengok bola boleh ke makan snack takut bila gol bertabur snack kat lantai shameel..

      Delete
  6. wah raya ni dah boleh buat :)

    ReplyDelete
  7. x pandai nak buat..pandai makan je..huhu
    boleh la hantar sini sikit2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nick bab makan memang terre..nnt kak ana pos ye..makan sambil mengajar bolehhh.. :)

      Delete
  8. sedap nih, makan sambil tengok tv tetiba habes dah.

    http://welovesusuibu.blogspot.com/2014/02/peluang-perniagaan-hanya-rm65-sahaja.html

    ReplyDelete
  9. sedapnye. sy kalau sekali buat mesti tak cukup. kalau datang time rajin, sy gulung macam popia kecik2 tuu. hehee :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada gak yg gulung kan tapi kak ana ni selalunya nak cepat siap je tu yang gunting2 je..hehe

      Delete
  10. Ni bleh wt sdri kat umah nehh,,,,lau ari raya byk gk org jual,...mang nguk ngap aje laa mulut nehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kay pasni tak yah beli,shalimar buat sendiri kay..

      Delete