Terowong Genting Sempah

Terowong Genting Sempah

Setiap kali perjalanan pulang ke kampung mertua di Kuala Lipis,Pahang sudah pasti ana akan melalui terowong Genting Sempah melalui lebuhraya Kuala Lumpur-Karak untuk meneruskan perjalanan ke Bentong.Terowong lebuhraya ini merupakan terowong pertama yang dibina di Malaysia yang menghubungkan sempadan Daerah Gombak di Selangor dan Genting Sempah di Pahang.Sepanjang lebih kurang 900m ianya dibuka secara rasmi pada tahun 1979.

Antara tahun 1995-1997 lebuhraya Kuala Lumpur-Karak ini dinaik tarafkan kepada empat lorong sebuah lagi terowong kembar telah dibina yang membolehkannya menjadi dua lorong untuk setiap hala perjalanan pergi dan balik.Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak merupakan satu-satunya lebuhraya yang menghubungkan Kuala Lumpur di pantai barat dengan negeri-negeri disebelah pantai timur.

di dalam terowong Genting Sempah
Terowong Genting Sempah ini pasti banyak menyaksikan peristiwa berdarah sepanjang kewujudannya.Salah satu kisah pahit yang masih terpahat di ingatan ana ialah kisah silam seorang sahabat yang kehilangan kesemua ahli keluarganya yang terlibat kemalangan jalan raya di sini pada tahun 1980an dan hanya beliau seorang sahaja yang terselamat.Rombongan menghantar pengantin bapa saudaranya dari Kelantan menemui tragedi apabila ibubapa dan tiga adik beradiknya menemui ajal disini.

Semoga kita sentiasa berdoa memohon perlindungan dariNya setiap kali memulakan perjalanan dan berhati-hati serta beretika ketika memandu dan selamat sampai ke mana juga destinasi yang dituju.

~berkongsi info disini~

19 Comments

  1. Saya pun rasa takut setiap kali lalu sini....dlm hati mmg tak berenti mengucap. Sedih baca psl keluarga kawan Ana tu...alfatihah buat mereka

    ReplyDelete
  2. Hati2 semua.
    AlFatihah buat para arwah.

    ReplyDelete
  3. saya pun x pnah lalu sini..
    memng byak kisah blaku kat sini :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana tahu suatu hari nanti sobri ke pantai timur melalui karak highway..lalu lah disini nanti..

      Delete
  4. memang seram lalu ikut terowong.
    bayangkan time tu sorang je drive.
    kena pasang al-quran :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau hari siang memang kereta banyak melaluinya cuma kalau midnight tu agaknya memang seram kut nick.

      Delete
  5. Replies
    1. tq Nurina Izzati..suatu hari nanti mana tahu lalu terowong ni..

      Delete
  6. nice sharing..xpe hati2 ya bila memandu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq athiqi..samalah kita berhati2 di jalan raya

      Delete
  7. kalau yan balik kampung mesti lalu jugak dlm terowong nie.. best pulak :D

    ReplyDelete
  8. salam takziah dan zara sedekahkn al-fatihah..tragedi yg bleh mdatangkn traumaa .. mm..

    ReplyDelete