sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Jumaat, 28 Mac 2014

Belimbing Buluh


Belimbing buluh

 

Buah belimbing buluh

Buah belimbing buluh sangat masam rasanya sehingga ana sendiri tidak boleh makan sebegitu sahaja.Buahnya lebat di batang pokok dan yang agak masak warnanya kekuningan sedikit namun masih masam.Mak ana sering menjeruk belimbing buluh ini untuk di campur dengan bahan jeruk lain dan di jadikan acar buah.Selain dari itu, belimbing buluh ini juga di masak lemak dengan telur itik ataupun udang galah.Ia dapat menghilangkan rasa dan bau hanyir dalam masakan.

Ana lebih gemar mencampurkannya dengan ikan bilis dan di jadikan sambal tumis.Dengan cara ini rasa masamnya akan sedikit berkurangan.Di fahamkan juga melalui pembacaan dari laman-laman blog, buah belimbing buluh dapat mengurangkan tekanan darah tinggi.Ini mungkin di sebabkan dari rasa kemasamannya itu.

Sambal tumis belimbing buluh dengan ikan bilis


Sambal tumis ikan bilis dengan belimbing buluh

Sambal tumis ikan bilis ini ana gabungkan dengan belimbing buluh.Macam biasa kita tumiskan bawang merah,bawang putih dan cili giling.Kemudian masukkan ikan bilis yang telah ana gorengkan terlebih dahulu.Masukkan belimbing buluh yang di potong memanjang dan tambahkan sedikit air jika terlalu kering.Rasakan garamnya dan siap untuk di sajikan.Satu menu yang mudah ala-ala kampung.


~selamat mencuba~

22 ulasan:

  1. uwaaaa...menarik dan tertarik menu ni...gulp..telan air liuq kejap...hihi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha sedap juga kalau sesekali tukar selera cik cempaka..

      Padam
  2. Masa kecik-kecik dulu, asal balik kampung je mesti kitorang akan pegi kat pokok belimbing buluh dulu sebab rasa masamnya yang awesome. Selalunya kitorang makan terus petik dari pokok je sebab malas nak keluar masuk rumah time tengah-tengah main. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau ana makan macam tu boleh juga tapi cicah garam untuk hilangkan masamnya tu...

      Padam
    2. saya belimbing ni kurang sikit..sebab msam.. tapi klau kena dgn masakanya.. makan panas2 dgn nasi sedap woo he..he..

      Padam
    3. memang masam tahab gaban ni..kak anapun tak boleh makan macam tu je...

      Padam
  3. Assalamualaikum, sedapnya buat sambal tumis dengan belimbing buluh. tapi jarang dapat jumpa belimbing buluh ni.. singgah menabung ford sini ~~~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam Sheila, sedap jugalah bila makan dengan nasi panas2 kan..

      Padam
  4. sedap tu kalau buat sambal

    BalasPadam
    Balasan
    1. mungkin sedap juga kalau dicampur dalam sambal belacan kan Sue Bee

      Padam
  5. Kalau letak jd sayur dalam masak Asam Pedas, uiiiihh masamnya mengancam

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye ke chegu tak pernah cuba pula,mungkin nanti ana cuba try test hehehe

      Padam
  6. sedapp uu..kang belakang uma belambak..siap cakap gan mak da macam buah anggur..hehe

    BalasPadam
  7. Aduhaii..terliur liur dah ni..aida selalu masak ikan tenggiri letak belimbing buluh..memang menangkap..tapi susah gile nak dapat belimbing ni...tu yg sedih tu..huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. kadang2 di sini ada dijual di kedai runcit atau pasar tani memang rare juga nak dapat MommyAqilMedina..

      Padam
  8. hi sis ana..
    :)
    miss u muah muah muah..

    amboi
    nampak mnegkecurkan kan resepi sis tu
    :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hye my darling, busy online bisnes kan ..kak ana faham kadang rindu juga kemunculan Lilynn di sini..mis you too my adik.. :)

      Padam
  9. depan umah saya ade pokok belimbing buluh.
    buah banyak kemain.
    tp xde org ambik pun..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe... orang2 yang boleh makan je cari belimbing ni Nick, budak2 tak hinginnya..hehe

      Padam