Bubu


Bubu

Inilah bubu, sejenis alat menangkap ikan dan udang galah cara tradisional di Malaysia.Beberapa hari yang lepas bubu menjadi terkenal disebabkan kekecohan di media sosial berkenaan 'bomoh' yang mengaibkan negara kita.Semasa berada di kampung minggu lepas, bila terpandang sepasang bubu yang tergantung di dinding rumah memberi inspirasi membuat entri tentangnya.Bubu ini hasil tangan biras abah yang sememangnya nelayan di sungai secara sambilan untuk mengisi masa lapangnya.Dihadiahkan kepada abah sebagai hiasan di dinding rumah.

Bubu diperbuat daripada buluh atau rotan yang di raut kemudian diikat seperti sebuah perangkap untuk menarik ikan air tawar dan udang galah disungai.Di dalamnya di isi kelapa parut sebagai umpan.Bukaan mulutnya yang luas di hadapan dan semakin menirus di bahagian dalam menghalang ikan atau udang dari keluar dari perangkap bubu.Di bahagian belakangnya pula terdapat sebuah lagi pintu yang boleh dibuka untuk mengeluarkan hasil tangkapan.


Bubu

Bubu di bawa nelayan sungai dengan perahu dan kemudiannya di tinggalkan di sesuatu kawasan yang diketahui sarang ikan atau udang galah ketika air surut.Kawasan itu kemudiannya di tanda supaya senang untuk datang memungutnya semula pada keesokan atau dua hari kemudian.Apabila air pasang dalam, ikan dan udang akan masuk perangkap bubu dan tidak dapat keluar.Kemudian ketika air surut semula, nelayan akan datang untuk mengambil bubu dan mengeluarkan hasil tangkapan mereka.

Begitulah serba sedikit yang ana ketahui tentang bubu dan cara tangkapan ikan dan udang galah secara tradisional.Biasanya hanya nelayan sungai secara kecil-kecilan sahaja menggunakan bubu atau sekadar mengisi masa lapang mereka.


~berkongsi info disini~

7 Comments

  1. Salam kak...
    kecik2 dulu biasa tgk..besar2 ni susah dh nk tgk kan...
    Sha igt bubu tu nama tetamu akak...
    Sha ada lembu nama bubu...ihikss

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe nama tetamu kak ana tam cik dengan yang baru tu bunga..

      Delete
  2. entry ni takde kena mengena dengan raja bomoh kan...hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..suki memang tak ada kena mengena hehe

      Delete
  3. teringat zaman kanak2 dulu...musim banjir selalu ikut ayah letak bubu kat parit2 atau sawah..kdg2 belut yg terperangkap dlm tu...terjerit2 takut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Kak Kamsiah berkongsi kisah disini, belut memang geli kan..

      Delete
  4. tgok bubu just pkara ptama teringat si bomoh tu le...
    nice sharing sis.. suka baca :P

    digix2

    ReplyDelete