sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Khamis, 13 Mac 2014

Bumi Allah makin uzur

Jerebu


Keadaan jerebu di bandar Rawang

Pagi tadi ana ke pasaraya untuk membeli barangan keperluan dapur.Alangkah tebalnya keadaan jerebu awal pagi tadi sehingga jarak penglihatan hanya sekitar 1km sahaja agaknya atau mungkin lebih dekat lagi.Di kala musim kemarau melanda negara, keadaan bumi Allah seolah-olah semakin uzur atau kian 'rosak' memberi peringatan kepada kita hambaNya untuk kembali muhasabah diri.Usia bumi makin tua,penghuninya masih leka dibuai arus dunia.Sesetengah manusia hanya mengutamakan kepentingan sendiri tanpa ada rasa tanggung jawab terhadap alam dan makhluk lain yang turut ada haknya di atas bumi Allah yang luas ini.

Bencana yang melanda hari ini bukanlah satu fenomena semula jadi semata-mata. Ia juga sebenarnya adalah satu tindak balas alam terhadap sikap 'tidak peduli' manusia serta sikap rakus dan tenggelamnya manusia dalam ke'fasad'an dan maksiat. Allah SWT menyebut di dalam firma-Nya bahawa, berlakunya kerosakan itu adalah sebagai satu akibat daripada tindakan dan sikap manusia. 

Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar). {3}


Jerebu sekitar Bandar Country Homes

Sepanjang perjalanan pulang, ana terfikir bagaimana satu demi satu Rahmat Allah swt menjauhi kita.Bermula dengan musim kemarau yang sudah hampir sebulan, diikuti dengan catuan bekalan air dan kini bumi diliputi jerebu hinggakan untuk bernafas juga semakin sukar.Udara yang di sedut berbau asap dan kita tidak lagi dapat melakukan aktiviti di luar rumah.Ana  anggap ini salah satu ujian dari Yang Maha Esa buat semua umat manusia.Sejauh mana kita bersabar pada ketika ini, sejauh mana kita berfikir apakah kesilapan dan kealpaan diri dan sejauh mana telah kita laksanakan segala tanggung jawab dan hak kita padaNya dan seluruh isi alam.


Debu arang di luar rumah


Salah satu punca jerebu yang dinyatakan ialah pembakaran terbuka.Disekitar kawasan luar rumah ana, bertaburan debu-debu arang atau kesan kebakaran.Di bawa arus angin entah dari mana datangnya dan hampir setiap jam disapu akan muncul semula.Bersamalah kita berdoa agar hujan akan kembali turun dengan RahmatNya membasahi bumi Allah swt ini.Disamping turut memanjatkan doa supaya pesawat malang MH 370 ditemui semula dalam apa jua keadaannya.Negara kita benar-benar memerlukan kesatuan hati seluruh rakyatnya mengenepikan fahaman masing-masing dan muhasabah diri tanpa mencari salah sesiapa.


Keadaan jerebu di Kuala Lumpur.(foto rakan FB-Hisham)

Disini ana sertakan link Jabatan Alam Sekitar untuk melihat Indeks Pencemaran Udara seluruh tanahair http://apims.doe.gov.my/apims/hourly3.php.Segala yang ana tulis adalah suatu pendapat peribadi sahaja dan segala kesilapan dan kekurangan datangnya dari ana sendiri manakala yang baik itu datangnya dari Allah swt.

22 ulasan:

  1. Kat penang.ni pun ada jerebu...

    tu la kan manusia yg musnahkan manusia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Penangpun sama ye wantie,sama2 kita doakan agar segera pulih keadaan ini.

      Padam
  2. Balasan
    1. begitulah keadaannya Siara Elina

      Padam
  3. setuju sis..kdang2 kita sendiri pnyebab kjadian itu blaku.. smuanya berbalik kpda sikap kita juga

    mnbung nuf :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. kak ana setuju dengan sobri..jaga kesihatan kay..

      Padam
  4. x tau nak kata apa...masih lagi berani masing2 buat pembakaran terbuka....yang susah ya kita...

    BalasPadam
    Balasan
    1. you're right dear..masih ramai yg bersikap pentingkan diri.

      Padam
  5. Assalamualaikum....

    Perokok dan penghisap shisa antara penyumbang pembakaran terbuka. Shisa telah "diharamkan" kementerian kesihatan tetapi rokok tak pula jatuh hukum haram seperti dalam Islam...

    Negara kita dah acap kali dilanda jerebu... Di Melaka, pada pagi 12 Mac hingga ke malam, jerebu masih lagi ada... dah macam ada di pusat pelancongan tanah tinggi pula...

    BalasPadam
    Balasan
    1. pendapat yang bernas Ahmad Zaki,kalau pusat pelancongan tinggi tentu best sejuk berkabus kan..hehe..semoga keadaan akan s egera pulih sedia kala.

      Padam
  6. betul 2 kak ana..skang mkn byk bencana yg menimpa kan..disebabkan tgn2 manusia sndiri..smg ALLAH slmtkan kita semua amin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin.kak ana doakan Tiqi juga selamat diperantauan sana,jaga diri dan best of luck.

      Padam
  7. Assalamualaikum kak ana.. sheila pun tak selesa nak keluar.. sesak nafas dibuatnya.. semoga keadaan pulih seperti biasa... selamat pagi, sheila singgah sambil klik tabung sini ~~~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam dik, jaga kesihatan sheila ye..sihat untuk berdua tu..kurangkan aktiviti luar,tqvm dear.

      Padam
  8. Assalamualaikum k.ana...
    Humm...balik keje pon pedih je mata nii...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam Sha, kak ana doakan Sha dan anak2 sihat selamat semuanya..gi beli eye-mo ye..hehe

      Padam
  9. Sesak dada bila jerebu ni. Banyak sedut habuk jer la hidung ni. Kereta pun cepat kotor bila musim jerebu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah dengan RahmatNya dah dua hari hujan lebat disini..

      Padam
  10. kena jaga kesihatan skang ni kan !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu KA..sama2 kita jaga kesihatan diri dan keluarga

      Padam